Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, September 5, 2009

Aku dan UPM - siri 18



Long Pasia - Sabah

Kg. Long Pasia merupakan satu daerah yang jauh dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya pernah kesana bagi tujuan penyelidikan bersama grup dari Unimas dengan kenderaan 4 x 4. Bertolak lepas subuh, tidur di berhampiran sungai di kawasan laluan lori balak. Sebelah lewat petang masih terdapat lori balak yang berulang alik. Esok pagi bertolak lagi dan tiba jam 11 pg. Jalan raya masih banyak lagi yang belum di tar.Banyak yang kami temui sepanjang jalan terutama pemburu hidupan liar dan exotik. Mereka memburu dengan bebas nya tanpa ada larangan dari mana-mana pihak. Terdapat kontrakor atau tauke balak yan berkahwin dengan orang asli bagi menikmati pelbagai kemudahan tempatan. Udara yang nyaman dan terdapat penempatan yang dibiayai oleh organisasi Kristian.

No comments: