Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan Special Edition - Siri 5


Misteri Lailatul Qadr

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Special Edition - Siri 4

Ramadhan _ Hidangan Berbuka Traditional

Bubur Lambuk Kg. Baru

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]

2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah

[ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam


bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Special Edition - Siri 3

16 MASJID YANG TERCANTIK DI DUNIA

1 .Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia
2. Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi

3. Masjid Azizi, Langkat, Indonesia
4. Masjid Omar Ali Saifuddin,Brunei
5. Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
6. Taj-ul-Masjid, Bhopal, India
7. Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
8. Sultan Mosque, Singapore
9. Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan
10. Bait-ul-Mukarram, Dhaka, Bangladesh
11. The Taj Mahal, Agra, India
12. The Golden Dome, Depok, Indonesia
13. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Malaysia
14. Jumeirah Mosque, Dubai, United Arab Emirates
15. Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Brunei
16. The Imam Mosque, Esfehan, Iran

(Gambar belum dapat masuk lagi)

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Special Edition - Siri 2


Jenis - Jenis Tamar

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Special Edition - Siri 1


MENGHAYATI DAN MENGKASTURIKAN KEAJAIBAN TAQWA
DI MADRASAH RAMADHAN


Sunday, August 8, 2010

Aku dan Diri ku - siri 9



Menyambut Hari Jadi dan Ramadhan Al Mubarak



Telah semakin berusia umur ku. Usia lanjut begini terlalu banyak cabaran. Terutama yang berkaitan dengan kesihatan.
Harapan ku semoga diberikan kesihatan yang berterusan. Dengan ini dapat menambah pelbagai amalan dan ibadat yang diredhai oleh Allah s.w.t. Menambah baik amalan dari masa kesemasa. Semoga Allah memberi kekuatan, kesabaran dan menambah rezeki. Tidak terhingga nikmat Mu hingga tidak menjadikan aku dari lalai kepada Mu.

Aku dan Keluarga - siri 16





Hobi Semasa ku - nampak berhasil peringkat awal

Setelah 4 bulan melalui kerja-kerja kampung, alhamdulillah telah menampakkan hasil.
Ayam kampung telah membesar - agak-agak Raya boleh sembelih tak?
Puyuh telah banyak bertelur - 2 biji sehari
Longan telah mula berbuah
Sayur-sayur saperti terung, bendi, ubi kayu buat cakar ayam telah merasai nikmat nya.
Ikan keli - baru nak belajar ternak. Beli anak 300 ekor (1.5" = harga 7 cent seekor) syer dengan kawan.
pokok bunga banyak yang dah menjadi.
" Itu lah untung nya berbudi dengan tanah "

Lain-lain menunggu membesar (Insyallah boleh merasai hasilnya)
Pisang
Jambu air dan Mawar
Belimbing buluh
Rambutan
Manggis
Mangga
sayur Turi, Kobis bunga, Bayam
Kunyit, Pandan, Kari
dan lain-lain pokok-pokok bunga

Morocco Gath

Perjumpaan Alumini Moroccoian (P)

Alhamdulillah satu perjumpaan Alumini pelajar Morocco di adakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu). Khadijah berjaya mengumpulkan alumini pelajar yang telah tamat pengajian. Ada yang balik bercuti tahun ketiga. Dan ada juga bekas pelajar tersebut pertengahan 80 an (Dr. Kaseh).