Saturday, July 25, 2009

Santai Minda - siri 3












Apa bedza Cenderamata dengan Cenderahati:

Cenderamata dan Cenderahati adalah dua sebutan yang berbedza tetapi mempunyai maksud yang sama. Biasa nya membeli dan membawa balik sesuatu barangan kecil yang sesuai dengan mata dan hati untuk diberikan pada seseorang. Biasanya barang yang dibawa balik adalah barangan lokaliti bagi daerah atau negeri tersebut. Barangan kraftangan merupakan barangan yang menjadi minat atau tarikan orang luar apabila berkunjung sesuau tempat. Samada barang itu berharga atau tidak, sudah menjadi kebiasaan sebagai ole-ole untu dibawa balik. Biasa nya penerima akan menerima dengan rasa gembira dengan iringan terima kasih.

Aku dan UPM - siri 15



Fakulti Pengajian Alam Sekitar

Saya bekerja di Jabatan Sains Alam Sekitar, UPM pada 1979 sebagai Pembantu Makmal. Staf ketika itu tak ramai, tak sampai 15 orang. Oleh kerana permintaan pada Alam Sekitar begitu melonjak,
Pada 2005 Jabatan telah dinaik taraf menjadi Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Staf ketika itu 65 orang. Sekarang 2009, staf kini telah bertambah seramai 90 orang. Dengan berkembang menjadi 2 Jabatan iaitu Jabatan Sains Alam Sekitar dan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar.

Tip Kesihatan - siri 4




Khasiat Gamat

Gamat boleh didapati di dasar laut. Nama lain bagi gamat ialah sea cucumber. Gamat banyak terdapat di Langkawi, Kota Kinabalu dan Sarawak. Di Langkawi, Gamat boleh di dapati dalam bentuk kering dan di kenal dengan ibu gamat. Gamat boleh dihasilkan dalam bentuk bagi minyak yang mujarab bagi mengubat luka-luka luar, gatal-gatal, kebas, lenguh, gigitan binatang bisa, urutan salah urat, senak, kembung dan sakit gigi. Air gamat juga amat mujarab untuk luka-luka dalam perut dan sesuai bagi wanita yang baru lepas bersalin. Industri gamat telah di majukan untuk di jadikan sabun, krim muka, bedak, panau salap, shampu dan lain-lain.
Di Kota Kinabalu, gamat boleh didapati bentuk yang basah dan pejal. Ramai yang membeli gamat disini digunakan dalam masakan sup dan campuran dalam sayuran. Khasiat yang tinggi menjadikan permintaan yang meluas dalam industri gamat. Gamat juga datang dari kawasan yang berhampiran iaitu kepulauan Filipina dan Pulau Gaya.

Friday, July 24, 2009

Tip Kesihatan - siri 3




Khasiat Ikan

Aku dan kenalan lama - siri 3


Dak Mayer

Di kalangan orang kampung dan kenalan tempatan memanggil beliau 'Dak Mayer'. Nama sebenar tidak diketahui. Kalau tanya orang di Kampung, mungkin akan dapat maklumat. Tinggal di Batu Alang, Kg. Sg. Siput
Beliau agak disukai oleh arwah bonda dan nenek ketika itu. Mudah di bawa
berbincang dan minta tolong. Peramah dan mudah tersenyum. Tidak ada saudara mara dan masih belum berkahwin. Mungkin tak ada jodoh.
Semasa balik kampung, pergi ke kubur Bt. Alang, kami sempat berbual sikit dengan beliau.
Moral story nya : apa yang disukai oleh orang tua adalah baik kita memanjangkan siratulrahim.

Thursday, July 23, 2009

Aku dan Kenalan Lama - siri 2



Pak Bidin dan Kak Midah :

Namanya Bidin berasal dari Perlis. Bekas Pengawal Keselamatan MARDI dan kini merupakan tukang urut di Taman Seri Serdang. Boleh di temui setiap waktu di Masjid UPM. Mungkin telah berumur hampir 70 tahun masih sihat dan tegap. Beliau dikenali tukang urut yang mahir, boleh mengubat masalah kanser, sawan tangis kanak-kanak, kayap dan lain-lain. Beliau dikenali oleh ramai orang luar kawasan termasuk dari jauh untuk dapatkan rawatan.
Isteri beliau Kak Midah. Berasal dari Kg. Berisu, Alor Gajah, Melaka. Beliau mempunyai 5 orang anak dan seorang anak angkat. Kak Midah telah bermurah hati mengasuh anak kami (Khairunnisa) dari kecil hingga hampir nak kesekolah. Banyak perkara lebih kurang antara kami dan keluarga beliau. Jasa beliau sekeluarga amat kami ingati.
Panggilan kerap beliau pada saya Lobai ...

MEMORI BATU ALANG, KG. SG. SIPUT







AL FATIHAH

lnfo Almarhum/Almarhumah Waris

a. Imam Madon (Moyang) meninggal pada 4/6/1953
b. Hj. Ahmad Osman (Datok sebelah ibu) meninggal pada 17/ 6/1951.
c. Hjh Mah(Ondot) Bt. Madon (nenek sebelah ibu) meninggal pada 23/ 11/ 1996 - umur 83 Tahun.
d. Sooyah Bt. Som (nenek sebelah ayah) meninggal pada 4/ 10/1978. Dikebumikan di Kg. Berisu - umur 70 Tahun.
e. Hj. Jali Md. Ali (suami adik beradik nenek) dikebumikan di Siput Dalam - tiada maklumat- umur lebih dari 73 tahun
f. Hjh Sinjah (Adik beradik nenek) meninggal di Putrajaya - tiada maklumat.-umur lebih dari 70 tahun.
g. Haron Baba (ayahanda) meninggal pada 30/3/2007 - umur 79 Tahun
h. Halimah Ahmad (Bonda) meninggal pada 11/ 2/2009 - umur 74 Tahun

Monday, July 13, 2009

Sabah telah ku lawati - siri 1





Mengenal lokasi di Sabah dan Kota Kinabalu :

Sungai nya yang bersih mempunyai banyak sungai-sungai lain. Jambatan Gantung Tamparuli menjadi laluan kereta dan kenderaan lain (tiada dalam gambar). Canopy walk merentas sungai yang agak lebar. Sign board warna biru terletak di bandar Kota Kinabalu

Wednesday, July 8, 2009

Tip Kesihatan - siri 2


Bekam.

Berbekam adalah tuntutan sunnah. Diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w bersabda : Penyembuhan ada pada tiga ubat. Pada hirisan pisau bekam, minuman madu dan sengatan api. Aku melarang umatku untuk mengubati dengan besi panas (yang diletakkan pada tempat yang luka.
Penyakit yang digalakan berbekam ialah Rheumatik, gout, lumpuh separuh badan, ginjal, luka perut, migrain, obesiti, penyakit mata, kejang, pendarahan rahim, pengecutan sel otak, hipertesi, lemah pendengaran dan banyak lagi.

Sunday, July 5, 2009

Aku dan Keluarga - siri 4


Fatimah balik Asrama :

setelah cuti beberapa hari Mah balik asrama hari ni (5/7/09). Cuti dengan pelbagai alasan. Kakak dari Morocco nak balik hingga kepada sudah balik dah lebih seminggu. Pergi sekolah kejap aje. Isnin hingga khamis. Puas juga Mah berbual dengan kakak nya. Maklum lah lama tak jumpa.

SELAMAT ULANG KAJI PELAJARAN SPM, FATIMAH.

Info map untuk kanda Amer

jalan masuk ke UIA
lalu Ukay/ Tmn Zoo View/ Terminal Putra dan ikut Lingkaran Tengah E 8
lalu Ampang / Ukay
lalu tepi Kg. Cheras Baru / Pandan Indah
ikut No. 28 - Jln Lingkaran tengah
lalu- LRT Sg. Besi / Bdr. Tasik Selatan
jumpa komuter Serdang / Mines Resort City

Masuk Tol UPM - Ke Sg. Besi

Map to UIA- Gombak

Berita Semasa Saudara - siri 3



Horray Bunyamin dah balik .......

Alhamdulillah... Bunyamin dah selamat sampai ke tanahair. Kegembiraan semua yang hadir di KLIA semakin jelas. Ibu dan ayah nya telah lebih awal gembira. Semalaman asyik terjaga dari tidur. Tiba di KLIA pun lawal 2 jam lebih. Adik -adik Bunyamin tak sempat nak sambut kepulangan abangnya. Tak dapat cuti. Yang penting, kami semua tumpang gembira.

SELAMAT BERCUTI 3 bulan Bunyamin ...

Saturday, July 4, 2009

Aku dan kenalan lama - siri 1


Menghadiri Majlis perkahwinan anak Ust. Rahim.

Pada hari ini (4/7/09) Sabtu. Kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak ust. Rahim bernama Fahmi di Taman Sri Serdang. Semua ahli keluarga kami kenal ust. Rahim dan keluarga. Lebih dari 20 tahun kami semua kenal keluarga nya. Semua anak-anak kami belajar mengaji hingga tamat. Ustaz dan isteri nya selalu memuji anak-anak kami. Dari kecil hingga dah dewasa asyik memuji pasal anak-anak kami. Agak mudah bila mengurus anak-anak kami. Alhamdulilah, Kami amat berterima kasih dengan isteri ustaz dan ustaz kerana mengajar anak-anak mengaji hingga mendapat pujian oleh orang-orang yang pernah mendengar mereka mengaji.