Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, July 25, 2009

Tip Kesihatan - siri 4




Khasiat Gamat

Gamat boleh didapati di dasar laut. Nama lain bagi gamat ialah sea cucumber. Gamat banyak terdapat di Langkawi, Kota Kinabalu dan Sarawak. Di Langkawi, Gamat boleh di dapati dalam bentuk kering dan di kenal dengan ibu gamat. Gamat boleh dihasilkan dalam bentuk bagi minyak yang mujarab bagi mengubat luka-luka luar, gatal-gatal, kebas, lenguh, gigitan binatang bisa, urutan salah urat, senak, kembung dan sakit gigi. Air gamat juga amat mujarab untuk luka-luka dalam perut dan sesuai bagi wanita yang baru lepas bersalin. Industri gamat telah di majukan untuk di jadikan sabun, krim muka, bedak, panau salap, shampu dan lain-lain.
Di Kota Kinabalu, gamat boleh didapati bentuk yang basah dan pejal. Ramai yang membeli gamat disini digunakan dalam masakan sup dan campuran dalam sayuran. Khasiat yang tinggi menjadikan permintaan yang meluas dalam industri gamat. Gamat juga datang dari kawasan yang berhampiran iaitu kepulauan Filipina dan Pulau Gaya.

No comments: