Monday, July 19, 2010

Aku dan UPM - siri 21

Majlis Gemilang Putra UPM 2010

Pada 17/7/10 UPM mengadakan Majlis Gemilang Putra . Nama ku tersenarai dalam kategori Bakti Putra kerana telah berkhidmat lebih 31 tahun. Rasanya dah nak sampai ke penhujung khidmat ku dengan UPM. Mula khidmat pada 24 Sept. 1979

Sunday, July 18, 2010

Aku dan Saudara Mara - siri 10






Hadir Walimatulurus di rumah Dak Jah (Jamaliah)

Pada 18/7/2010 - Ahad, Dak Jah (Jamaliah) dan Mazlan mengadakan Majlis kenduri kahwin anak lelakinya Nazri di Kota Warisan, Sepang. Telah berpuluh tahun Dak Jah dan Keluarga tak balik kampung, jadi agak lama tak dapat nak mengenalkan dengan mereka dengan keluarga. Alhamdulilah semua berjalan dengan baik.

Friday, July 9, 2010

Gambar Lawak - siri 1


Gambar lawak : Apabila Spiderman pencen

Monday, July 5, 2010

Aku dan Keluarga - Siri 15



Nisa, Ijah , Maklong dan Olein (Kawan Kakak) pergi Vietnam pada 26/06/2010.


SELAMAT MELANCUNG KE VIETNAM
** Berminat ke sana tanya mereka yang sudah kesana

Aku dan Saudara - Siri 12


Kanda Amer dan Keluarga datang kerumah pada 5/06/2010 bermalam dan dalam perjalanan walimatulurus kawan di Sabak Bernam pada 6/06/2010.

** Sesungguhnya menziarahi keluarga memanjangkan Mahabbah antara saudara.



Aku dan Saudara - Siri 11

Bunyamin balik bercuti kali ke 2 pada 2 Julai 2010.



Pelajar perubatan Universiti di Al Mansoura , Mesir berada di Tahun Kedua Tajaan MARA

SELAMAT BERCUTI

Aku dan Saudara - siri 10

NOI balik bercuti

Noraizah dan Keluarga balik ke Malaysia pada 9/6/2010. Tujuan balik kerana menyelesaikan beberapa perkara. Antaranya membentang kertas kerja di Ireland dan Taiwan. Selain itu menyelesaikan urusan universiti dan keluarga di Malaysia.






** Kami semua di Malaysia menanti kepulangan Noraizah sekeluarga. Yang kecil telah membesar. Yang besar bertambah petah berkomunikasi.