Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, September 28, 2009

Tauladan dan Praktik - siri 6



Apakah kisah Haiwan Sekecil ini

Menurut kisah Nabi Ibrahim a.s ketika puak musyrikin Mekah hendak membakar nabi Ibrahim a.s seekor burung telah datang membantu memadam api yang sedang marak. Burung tersebut mengambil air melalui paruh nya dan berkali-kali untuk memadam api tersebut. (Kalau di fikir secara lojik bagaimana burung sekecil boleh memadam api yang sedang marak). Burung tersebut bimbang apabila di tanya oleh Allah s.w.t apakah usaha kamu apabila nampak Nabi Ibrahim a.s di bakar oleh puak tersebut. Maka burung tersebut boleh menjawab bahawasanya ia telah sedaya upaya untuk membantu Nabi Ibrahim a.s tapi tidak berjaya. Moral cerita nya bahawa kita mestilah berusaha menahan kemungkaran walaupun usaha kita dianggap kecil atau tidak berkesan.

Saturday, September 26, 2009

Aku dan Keluarga - siri 10




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Wednesday, September 23, 2009

Aku dan Keluarga - siri 9




Mengenang keluarga di Pagoh.

Al Fatihah untuk Keluarga dekat yang telah lama pergi.

Sebagai seorang anak yang amat mengasihi ibu bapa nya tentulah tidak dapat lari dari ketentuan Allah. Tidak ada yang kekal didunia ini melainkan Allah s.w.t saja. Adalah menjadi kewajipan anak-anak untuk tidak membiarkan ibu bapa dalam kesengsaraan samada didunia atau alam barzah (akhirat). Ada 3 amalan yang tidak terputus apabila kita meninggal dunia. Pertama ; ilmu yang bermenafaat pada orang ramai. Selagi mana orang itu mengamalkan selama itu lah pahala akan di perloehi oleh mereka yang telah meninggal. Kedua; anak yang soleh yang sentiasa mendoakan akan ibu bapa nya. Ketiga; sedekah jariah yang dapat memberi menafaat pada orang.
Sebagai seorang anak, marilah kita berbuat sesuatu yang paling baik untuk mereka semoga Allah s.w.t menempatkan mereka bersama orang-orang soleh dan memperolehi Syurga Jannah.

Sunday, September 13, 2009

Aku dan Diri ku - siri 7


Berniaga runcit di Semenyih.


Pada Tahun 1975 aku telah menamatkan persekolahan GCE O level di Singapura. Selepas itu tolong bapa berniaga. Tidak lama selepas itu membantu kawan bapa Pak Cik Ismail Kassim berniaga runcit di flat Singapura (lupa blok berapa). Selepas itu ambil SPM sebagai calun persendirian di Joho Bahru. Pada hujung tahun1977 aku menolong bapa berniaga runcit di Taman Hew Thai (kini Tmn Desa Kenanga) Semenyih. Banyak juga selok belok berniaga yang di pelajari. Pada Oktober 1979 di tawarkan kerja di UPM. Dan masih lagi membantu bapa berniaga runcit. Dari situ dapatlah berkenalan dengan beberapa pensyarah UKM yang menetap di Taman yang sama disamping mengadakan program usrah. Antaranya Ust. Mohd Akhir, Dr. Ishak Rejab, Shamsuddin (semua telah meninggal dunia), En. Murat (sekarang peguam Syariah), Prof.Khailani Muji (Pensyarah/ Perunding LPZ) ,Ust Azizan ( Sekarang MB Kedah), Cikgu Mat (kini bersara), Prof. Bakar (Sekarang TNC UPM), Prof. Siddiq Fadil dan lain-lain.
Tak lama selepas itu pada tahun 1981 keluarga pun berpindah ke Kg. Sg. Siput, Lubok Cina. Dan saya tinggal di Taman Sri Serdang.Add Image

Mengenal Saudara Mara - siri 10


Allahyarham Pak Long

Nama beliau Md. Dewa. Isteri beliau Rabiah Bt. Ahmad. Mempunyai 7 orang anak. Yang sulung bernama Ismail, Abd. Aziz, Zulkarnain, Jamaliah (Dak Jah), Dahlia, Omar dan Rosihan (Dak Dik). Pernah bekerja di Singapura hingga bersara. Bertugas sebagai polis hingga berpangkat Koperal. Selepas itu meneruskan kehidupan di Cheras Flat dan berniaga kecilan sayuran kampung.
Selain itu arwah nenek mengizinkan tanah di Bkt. Senduk, Melaka untk dibuat tapak rumah. Tidak berapa lama rumah tersebut terbiar dan di sewakan pada pekerja Indon.
Pada tahun 1989 beliau pergi menunaikan fardhu haji di Mekah. Dengan izin Allah s.w.t beliau meninggal dunia disana. Agak cemas kami disini bila dengar berita tersebut kerana pemergian beliau sihat sahaja. Allah s.w.t menyayangi beliau dengan menjemput beliau lebih awal dari kami .- Al Fatihah

Wednesday, September 9, 2009

Tauladan dan Praktik - siri 5







Sifat baik yang perlu di contohi anak-anak


Sebagai seorang ayah dan orang tua tentu mengharapkan kebaikan budi pekerti (akhlak) anak-anak , kawan-kawan dan orang di sekeliling nya. Akhlak yang baik dari anak-anak memberi gambaran dari orang yang mendidik nya. Kebaikan yang dilakukan merupakan penyejuk hati bagi orang tua. Agak berat melakukan kebaikan tanpa bimbingan tapi mudah dilakukan apabila telah jadi amalan harian. Untuk mengekalkan perbuatan yang baik perlu kan istiqamah yang mantap selain sebagai bekalan hidup, ia merupakan pendinding/ batas dari melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah dan Rasul NYA. Allah s.w.t akan bantu hamba NYA bila hamba NYA dalam kesusahan atau di timpa bencana bila telah ada unsur positif itu. Samada disedari atau tidak terpulang pada individu . Setiap ujian ada hikmah sebelum datang berita gembira bagi hamba NYA yang bersabar. " Semoga Allah s.w.t sentiasa membimbing hambanya kearah kebaikan"

Aku dan keluarga - siri 8


Jasa Arwah Ayahanda pada beberapa orang yang telah dibelanya

Semasa Arwah ayahanda masih ada, beliau telah begitu bermurah hati mengambil dan mendidik beberapa orang untuk tinggal bersama nya selama beberapa tahun. Antara nya :
a. Ahmat Latiff (Pakcik Ahmat) ketika berusia 15 tahun hingga 38 tahun (lebih kurang 23 tahun) - kerja di kedai runcit ayahanda
b. Abd. Moin Hamid dari Benut, Johor berusia 15 tahun hingga 40 tahun (lebih kurang (25 tahun) - kerja di kedai runcit ayahanda dan jual satay sebelah malam
c. Zulkarnain (Dak Dol) anak Pak Long Dewa (lebih kurang 4 tahun) - kerja di kilang papan depan rumah
d. Ismail Mat Akib dari Kg. Berisu (lebih kurang 5 tahun) - kerja di kedai runcit sekejap dan lepas tu jadi posmen.
(mungkin ada lagi-akan tambah maklumat jika ada).
Inilah jasa arwah ayahanda yang susah untuk orang mewarisi nya. Ayahanda begitu bermurah hati menerima siapa saja yang akan tinggal bersama nya dan tidak pernah mengharapkan balasan. Mereka juga tidak dapat membalas jasa nya kerana ada yang telah meninggal dunia dan ada juga tidak dapat dihubungi.
" Semoga Allah s.w.t membalas jasa ayahanda saperti yang terjadi dalam kisah para anbiya dimana pemuda mendapat keringanan apabila menceritakan menceritakan tentang kebaikan yang telah dilakukan pada orang lain."

Tuesday, September 8, 2009

Aku dan UPM - siri 22











Kenderaan Bertugas - suatu Pengalaman

Aku dan Kenalan lama - siri 4


Menjejaki Kawan lama

Setelah lama kami bersahabat. Akhirnya dipertemukan dengan beliau melalui telefon. Hampir 35 tahun kami masih lagi berkawan baik dengan keluarga nya. Nama beliau Abd. Rahman Madon. Adik beliau Yahya Madon- bekas pemain bolasepak Singapura. Kami pernah Sekolah Menengah sama hingga ambil GCE O level. Tinggal di Blok 484 Chua Chu Kang, Avenue 5, Singapura 680484. Alhamdulilah dapat hubungi no. tel : 02-96562902. " SELAMAT PANJANGKAN SIRATULRAHIM"

Mengenal Saudara Mara - Siri 9




Saudara Sebelah Ayah - Pak Uteh Singapura

Inilah satu-satunya saudara sebelah arwah Ayahanda yang boleh dihubungi. Nama beliau Nasir dan isteri bernama Esah. Mempunyai anak bernama Rahimah, Zaiton dan Mazlan. Pernah tinggal Naval Base, Woodland -Singapura. Kami adik beradik panggil mereka Mak Uteh atau panggilan glamour Mak Kecik. Ayahanda Mak Uteh dan Ayahanda (datuk) arwah bapa adalah adik beradik. Sekarang mereka tinggal di Kg. Berisu, Melaka.
Gambar sebelah anak kepada adik beradik Mak Uteh yang sulung arwah Ibrahim. Bapa mereka meninggal sejak mereka kecil lagi. Isteri nya bernama Saadiah. Walaupun jarang jumpa, kami digalakkan panggil Mak Long. Mak Long ini mempunyai anak perempuan bernama Zainah (baju orange-bergambar bersama keluarga) dan gambar sebelah adik lelaki nya bernama Nazri (baju melayu -biru, bergambar bersama keluarga beliau) . Sejak beberapa tahun kebelakangan, mereka datang ziarah arwah ayah dan bonda di Kampung apabila hariraya. Semoga Allah memelihara hubungan kekeluargaan antara kami.

Aku dan UPM -Siri 21



Pusat Konservasi Gajah - Lanchang, Pahang

Aku dan UPM - siri 20



Mendayung di Tasik Putrajaya sebelum Putrajaya digunakan sepenuh dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Aku dan UPM - siri 19


Bold
Mengenal Penempatan terpencil Sarawak

Sunday, September 6, 2009

Santai Minda - siri 4



Mengenang Pahlawan Mat Kilau









Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.

Saturday, September 5, 2009

Aku dan UPM - siri 18



Long Pasia - Sabah

Kg. Long Pasia merupakan satu daerah yang jauh dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya pernah kesana bagi tujuan penyelidikan bersama grup dari Unimas dengan kenderaan 4 x 4. Bertolak lepas subuh, tidur di berhampiran sungai di kawasan laluan lori balak. Sebelah lewat petang masih terdapat lori balak yang berulang alik. Esok pagi bertolak lagi dan tiba jam 11 pg. Jalan raya masih banyak lagi yang belum di tar.Banyak yang kami temui sepanjang jalan terutama pemburu hidupan liar dan exotik. Mereka memburu dengan bebas nya tanpa ada larangan dari mana-mana pihak. Terdapat kontrakor atau tauke balak yan berkahwin dengan orang asli bagi menikmati pelbagai kemudahan tempatan. Udara yang nyaman dan terdapat penempatan yang dibiayai oleh organisasi Kristian.

Aku dan UPM - siri 17




Kerja lapangan


Gambar dengan kenderaan Mit. Storm digunakan masa aku kerja lapangan. Per
gi kemana saja yang nak pergi. Dalam hutan, kebun orang kg, tepi jalan lebuhraya, puncak bkt atau gunung kesemuanya dapat aku rasai. Inilah pengalaman yang mahal yang tidak dapat aku kecapi sekarang ini. Banyak tempat yang bahaya telah diharungi dan sekarang hanya tinggal kenangan.