Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, September 9, 2009

Aku dan keluarga - siri 8


Jasa Arwah Ayahanda pada beberapa orang yang telah dibelanya

Semasa Arwah ayahanda masih ada, beliau telah begitu bermurah hati mengambil dan mendidik beberapa orang untuk tinggal bersama nya selama beberapa tahun. Antara nya :
a. Ahmat Latiff (Pakcik Ahmat) ketika berusia 15 tahun hingga 38 tahun (lebih kurang 23 tahun) - kerja di kedai runcit ayahanda
b. Abd. Moin Hamid dari Benut, Johor berusia 15 tahun hingga 40 tahun (lebih kurang (25 tahun) - kerja di kedai runcit ayahanda dan jual satay sebelah malam
c. Zulkarnain (Dak Dol) anak Pak Long Dewa (lebih kurang 4 tahun) - kerja di kilang papan depan rumah
d. Ismail Mat Akib dari Kg. Berisu (lebih kurang 5 tahun) - kerja di kedai runcit sekejap dan lepas tu jadi posmen.
(mungkin ada lagi-akan tambah maklumat jika ada).
Inilah jasa arwah ayahanda yang susah untuk orang mewarisi nya. Ayahanda begitu bermurah hati menerima siapa saja yang akan tinggal bersama nya dan tidak pernah mengharapkan balasan. Mereka juga tidak dapat membalas jasa nya kerana ada yang telah meninggal dunia dan ada juga tidak dapat dihubungi.
" Semoga Allah s.w.t membalas jasa ayahanda saperti yang terjadi dalam kisah para anbiya dimana pemuda mendapat keringanan apabila menceritakan menceritakan tentang kebaikan yang telah dilakukan pada orang lain."

No comments: