Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, September 13, 2009

Aku dan Diri ku - siri 7


Berniaga runcit di Semenyih.


Pada Tahun 1975 aku telah menamatkan persekolahan GCE O level di Singapura. Selepas itu tolong bapa berniaga. Tidak lama selepas itu membantu kawan bapa Pak Cik Ismail Kassim berniaga runcit di flat Singapura (lupa blok berapa). Selepas itu ambil SPM sebagai calun persendirian di Joho Bahru. Pada hujung tahun1977 aku menolong bapa berniaga runcit di Taman Hew Thai (kini Tmn Desa Kenanga) Semenyih. Banyak juga selok belok berniaga yang di pelajari. Pada Oktober 1979 di tawarkan kerja di UPM. Dan masih lagi membantu bapa berniaga runcit. Dari situ dapatlah berkenalan dengan beberapa pensyarah UKM yang menetap di Taman yang sama disamping mengadakan program usrah. Antaranya Ust. Mohd Akhir, Dr. Ishak Rejab, Shamsuddin (semua telah meninggal dunia), En. Murat (sekarang peguam Syariah), Prof.Khailani Muji (Pensyarah/ Perunding LPZ) ,Ust Azizan ( Sekarang MB Kedah), Cikgu Mat (kini bersara), Prof. Bakar (Sekarang TNC UPM), Prof. Siddiq Fadil dan lain-lain.
Tak lama selepas itu pada tahun 1981 keluarga pun berpindah ke Kg. Sg. Siput, Lubok Cina. Dan saya tinggal di Taman Sri Serdang.Add Image

No comments: