Thursday, November 12, 2009
Tauladan dan Praktik - siri 7
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai d ima na dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam
Info di terima dari ehozo.com
Monday, September 28, 2009
Tauladan dan Praktik - siri 6


Apakah kisah Haiwan Sekecil ini
Saturday, September 26, 2009
Wednesday, September 23, 2009
Aku dan Keluarga - siri 9
Mengenang keluarga di Pagoh.
Al Fatihah untuk Keluarga dekat yang telah lama pergi.
Sebagai seorang anak yang amat mengasihi ibu bapa nya tentulah tidak dapat lari dari ketentuan Allah. Tidak ada yang kekal didunia ini melainkan Allah s.w.t saja. Adalah menjadi kewajipan anak-anak untuk tidak membiarkan ibu bapa dalam kesengsaraan samada didunia atau alam barzah (akhirat). Ada 3 amalan yang tidak terputus apabila kita meninggal dunia. Pertama ; ilmu yang bermenafaat pada orang ramai. Selagi mana orang itu mengamalkan selama itu lah pahala akan di perloehi oleh mereka yang telah meninggal. Kedua; anak yang soleh yang sentiasa mendoakan akan ibu bapa nya. Ketiga; sedekah jariah yang dapat memberi menafaat pada orang.
Sebagai seorang anak, marilah kita berbuat sesuatu yang paling baik untuk mereka semoga Allah s.w.t menempatkan mereka bersama orang-orang soleh dan memperolehi Syurga Jannah.
Sunday, September 13, 2009
Aku dan Diri ku - siri 7

Berniaga runcit di Semenyih.
Tak lama selepas itu pada tahun 1981 keluarga pun berpindah ke Kg. Sg. Siput, Lubok Cina. Dan saya tinggal di Taman Sri Serdang.

Mengenal Saudara Mara - siri 10

Allahyarham Pak Long
Selain itu arwah nenek mengizinkan tanah di Bkt. Senduk, Melaka untk dibuat tapak rumah. Tidak berapa lama rumah tersebut terbiar dan di sewakan pada pekerja Indon.
Pada tahun 1989 beliau pergi menunaikan fardhu haji di Mekah. Dengan izin Allah s.w.t beliau meninggal dunia disana. Agak cemas kami disini bila dengar berita tersebut kerana pemergian beliau sihat sahaja. Allah s.w.t menyayangi beliau dengan menjemput beliau lebih awal dari kami .- Al Fatihah
Wednesday, September 9, 2009
Tauladan dan Praktik - siri 5






Sifat baik yang perlu di contohi anak-anak
Aku dan keluarga - siri 8
Jasa Arwah Ayahanda pada beberapa orang yang telah dibelanya
a. Ahmat Latiff (Pakcik Ahmat) ketika berusia 15 tahun hingga 38 tahun (lebih kurang 23 tahun) - kerja di kedai runcit ayahanda
b. Abd. Moin Hamid dari Benut, Johor berusia 15 tahun hingga 40 tahun (lebih kurang (25 tahun) - kerja di kedai runcit ayahanda dan jual satay sebelah malam
c. Zulkarnain (Dak Dol) anak Pak Long Dewa (lebih kurang 4 tahun) - kerja di kilang papan depan rumah
d. Ismail Mat Akib dari Kg. Berisu (lebih kurang 5 tahun) - kerja di kedai runcit sekejap dan lepas tu jadi posmen.
(mungkin ada lagi-akan tambah maklumat jika ada).
Inilah jasa arwah ayahanda yang susah untuk orang mewarisi nya. Ayahanda begitu bermurah hati menerima siapa saja yang akan tinggal bersama nya dan tidak pernah mengharapkan balasan. Mereka juga tidak dapat membalas jasa nya kerana ada yang telah meninggal dunia dan ada juga tidak dapat dihubungi.
" Semoga Allah s.w.t membalas jasa ayahanda saperti yang terjadi dalam kisah para anbiya dimana pemuda mendapat keringanan apabila menceritakan menceritakan tentang kebaikan yang telah dilakukan pada orang lain."
Tuesday, September 8, 2009
Aku dan Kenalan lama - siri 4

Menjejaki Kawan lama
Mengenal Saudara Mara - Siri 9



Saudara Sebelah Ayah - Pak Uteh Singapura
Gambar sebelah anak kepada adik beradik Mak Uteh yang sulung arwah Ibrahim. Bapa mereka meninggal sejak mereka kecil lagi. Isteri nya bernama Saadiah. Walaupun jarang jumpa, kami digalakkan panggil Mak Long. Mak Long ini mempunyai anak perempuan bernama Zainah (baju orange-bergambar bersama keluarga) dan gambar sebelah adik lelaki nya bernama Nazri (baju melayu -biru, bergambar bersama keluarga beliau) . Sejak beberapa tahun kebelakangan, mereka datang ziarah arwah ayah dan bonda di Kampung apabila hariraya. Semoga Allah memelihara hubungan kekeluargaan antara kami.
Sunday, September 6, 2009
Santai Minda - siri 4


Mengenang Pahlawan Mat Kilau
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar













