Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, May 21, 2009

MENGENAL SAUDARA MARA - siri 3

Pengenalan awal


Add ImageIni saudara Kami :
Saufi Johari. Anak arwah Cikgu Johari. Arwah Cikgu Johari ni adik beradik dengan nenek Ondot. Di Kampung, ia amat baik dengan keluarga kami. Walaupun ketiadaan ibu bapa, kami masih berhubungan bila ada function. Isteri beliau nama Mazlani. Saya mengenali beliau masa ia belajar di UPM pertengahan tahun 80 an.

MENGENAL SAUDARA MARA - siri 2


Nama beliau : Abdul Razak Ahmad. Kami semua panggil Pak Uda. Adik beradik mak. Anak lelaki tunggal dari nenek Ondot. Orang nya memang tegas dan serious. Pernah bekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau merupakan antara yang disegani oleh saudara mara. Meninggal dunia pada 20 Jan. 2005 jam 12.20 tgh di rumahnya Kota Bahru.
Mempunyai 6 orang anak. Antara nya Adelin, Asrul Sani, Adela, Alfa, Ashraff, Amelia (Amoi). AL FATIHAH

Wednesday, May 20, 2009

Tauladan dan Praktik - siri 4

Shaikh Abdul Kadir Jailani


Nama Shaikh Abdul Kadir Jailani sudah termasyur sejak berabad-abad lamanya di kalangan umat Islam dan beliaulah yang menjadi pengasas tarekat Qadariyah yang ramai sekali pengikutnya di merata dunia Islam. Wali besar ini dilahirkan di sebuah kampung bernama Nif, di daerah Jilan, utara negeri Iran. Keturunan dari sebelah ayahnya dapat disusur hingga sampai kepada Saiyidina Hassan Bin Ali r.a. Ibunya juga terkenal sebagai seorang wanita yang sangat salih dan taqwa yang merupakan anak seorang wali Allah.

Banyak sekali kisah-kisah yang diriwayatkan tentang kesolehan dan kebesaran wali Allah yang bernama Shaikh Abdul Kadir Jailani ini. Bahkan semenjak kecil lagi Shaikh Abdul Kadir Jailani telah memperlihatkan ciri-ciri kesolehan dan ketaqwaannya yang luar biasa. Satu daripada peristiwa atau kisah yang diriwayatkan tentang masa kecilnya ialah perihal peristiwa beliau hendak pergi berangkat ke kota Baghdad dengan tujuan untuk menuntut ilmu dari tempat tinggalnya yang amat jauh itu.

Sebelum berangkat dari rumahnya mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad, ibu Shaikh Abdul Kadir Jailani telah memberinya sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Sebelum anaknya berangkat ibu Shaikh Abdul Kadir Jailani telah menyembunyikan wang anaknya itu pada bahagian lengan baju anaknya lalu dijahitnya supaya tidak diketahui orang.

Setelah siap, ia pun berpesan kepada anaknya, “ Hai anakku, dengarlah baik-baik pesan ibu ini. Bila kau dalam perjalanan dan berada di negeri orang, engkau hendaklah sentiasa bercakap dan berlaku benar. Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh berdusta. Hendaklah kau ingat hai anakku akan sabda Rasul bahawa amanah itu kejayaan. Berlaku benarlah baik dalam tutur kata mahupun dalam perbuatan supaya engkau beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t”.

Maka setelah lama dalam perjalanan mengikut kafilah yang akan pergi ke Baghdad itu, tiba-tiba kafilah yang disertai oleh Shaikh Abdul Kadir Jailani diserang oleh satu angkatan penyamun. Segala barang yang dibawa oleh beliau habis dirompak. Lalu seorang penyamun bertanya kepada beliau, katanya, “Hai budak! Apa lagi yang ada pada engkau. Cakaplah benar kepadaku!” bentak penyamun itu dengan suara yang keras, lalu Shaikh Abdul Kadir Jailani menjawab, “Ya ada! Aku ada 40 ashrafis” ujarnya tegas dan bersahaja.

Penyamun itu lantas terkejut mendengarkan kata-kata Shaikh Abdul Kadir Jailani kerana sangkanya budak itu mahu mempersendakannya. Masakan seorang budak hendak memberitahu kepada seseorang penyamun dia masih ada wang lagi. “Apakah engkau mahu memperolok-oloklan aku?”. “Tidak, sungguh tuan, saya tidak berkata dusta” sahut Shaikh Abdul Kadir Jailani lalu menyambung:

“Tuan, tidakkan tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasa disertai oleh malaikat yang sedia menolongnya. Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu. Saya adalah keturunan Rasulullah s.a.w dan saya benci sekali bercakap bohong. Apalah ertinya wang 40 ashrafis pada saya ini tuan, hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak sekali akan berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!”

Kali ini penyamun itu merasa semakin terkejut mendengar kata-kata Shaikh Abdul Kadir. Ia merasa hairan memikirkan sikap budak itu yang secara berani dan tegas memperkatakan yang benar tanpa berganjak sedikitpun. Dengan perasaan bingung penyamun itu pun lalu membawa Shaikh Abdul Kadir berjumpa ketuanya.

“Siapa nama engkau dan dari mana engkau datang?” Tanya ketua penyamun.

Shaikh Abdul Kadir menjawab dengan berani “ Nama saya Abdul Kadir dan saya datang dari Jilan”

“Kemana engkau hendak pergi?”

“ Baghdad”

“Untuk tujuan apa kau kesana?”

“Saya hendak menuntut ilmu.”

“Bagus! Bagus! Engkau tentu bawa wang bukan?”

“Benar! Saya mempunyai 40 ashrafis.”

Demi mendangarkan pengakuan Shaikh Abdul Kadir itu, ketua penyamun terkejut lantas berkata lagi “Apa benarkah apa yang engkau katakan hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?” Maka sambung Shaikh Abdul Kadir “Benar tuan! Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam. Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi. Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong. Dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan akan sia-sialah asuhan dan didikan ibu saya!”

Dengan kuasa Allah s.w.t. ketua penyamun itu menjadi terpaku sebentar tatkala mendengarkan kata-kata Shaikh Abdul Kadir yang penuh iman dan hikmat itu lantas ia pun menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran air mata kesedihan ketua perompak itu memohon maaf dari Shaikh Abdul Kadir Jailani lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar lagi hina itu.

Demikianlah secebis kisah tentang Shaikh Abdul Kadir Jailani ketika dalam perjalanannya untuk menuntut ilmu di kota Baghdad. Di kota itulah beliau telah belajar kepada Tibrizi, seorang ulama’ yang terkenal di masa itu. Di sanalah juga Shaikh Abdul Kadir Jailani telah terpikat dengan cara hidup sufi dari tarekat Abu Al Khair Muhammad. Shaikh Abdul Kadir memperoleh pakaian sufi yang digelar Khirka dari pemimpinnya bernama Qazi Abu Sad Mubarak, tokoh perundangan dari mazhab Hambali.

Sebagai seorang guru tarekat, pengajarannya telah menimbulkan satu semangat baru serta keinsafan kepada para pendengarnya. Satu daripada khutbahnya yang berjudul Futuh Al Ghayb, adalah dianggap satu daripada karya Islam yang terbaik dan mengandungi banyak unsur-unsur pendidikan. Ramai orang-orang Kristian dan Yahudi yang terpengaruh oleh pengajarannya lalu memeluk Islam.

Kemasyhuran Shaikh Abdul Kadir sebagai ulama’ dan ahli sufi akhirnya tersebar ke merata dunia Islam. Kaum Muslimin dari pelbagai kawasan dunia Islam telah datang untuk menemuinya serta bertanyakan pelbagai masalah dan kemusykilan kepadanya. Beliau telah menjawab segala kemusykilan-kemusykilan yang dikemukakan kepadanya dengan penjelasan yang memuaskan. Ramai raja, pembesar dan orang-orang kenamaan yang telah menjadi para pengikutnya. Beliau amat disayangi dan dicintai kerana ciri-ciri kebesaran jiwanya seperti merandah diri, bersopan santun, bersifat sederhana dan hidup penuh suci di samping ilmu yang bagaikan lautan luasnya.

Shaikh Abdul Kadir Jailani adalah wali Allah yang mempunyai ramai sekali pengikut-pengikutnya terutama di kalangan bangsa Kurdi di suatu daerah di negeri Iran dan mendapat pengaruh yang besar terutama dikalangan kaum Muslimin di benua kecil India dan Pakistan. Pengikut-pengikut tarekat yang diasaskan oleh beliau iaitu tarekat Qadiriah juga mempunyai ribuan jumlahnya di kawasan Asia Tengah, Cina dan Indonesia.



SANTAI MINDA 1


Mari kita Santai Minda dgn Teka Teki Mudah :

1. Bunga apa warna hitam
2. Burung Raja Udang tinggal di mana
3. Mak Minah ada 5 orang anak...... Lekir, Lekiu, Kasturi, Jebat dan
4. Cecair apa yang beku bila dipanaskan
5. Bom apa yang tak meletup
6. Ayam di luar ikan didalam .. Gapo dia ... ?
7. Ikan apa yang sakit perut




Jawapan nya cari sendiri ...

Percutian keluarga - siri 8


PERCUTIAN INCREASE KITCHENWARE
PULAU LANGKAWI

Percutian kali ni jauh sikit. nak try Persona baru. Jadi kena jauh sikit, baru nampak sedap sikit. Jauh berjalan luas pandangan. Perjalanan kali ini menyeronokan. Bawa bekal .. macam nak berkelah. Dapat singgah banyak tempat. Pekan Rabu, Alor Setar.


lokasi : pantai cenang


Idaman Suri, Hj. Ismail Grup dan kedai sekitar pekan Kuah menjadi buruan. Pinggan, sudu, choklat, bag baju , kain batik dll menjadi sasaran. Pelbagai barangan boleh di beli. Yang penting ... berpuas hati. Dari survey yang dibuat ..mereka ni nak pergi lagi....

Tauladan dan Praktik - siri 3

Ilmuwan Islam: Teori Matematik Al-Majriti diakui seluruh dunia


Al-Qasim Maslamah bin Ahmad atau Al-Majriti diibarat ensiklopedia matematik, astronomi dan ilmu kimia, kerana memiliki pengetahuan luas dan mendalam mengenai sumber maklumat bidang berkenaan.
Beliau juga terkenal sebagai ilmuwan Islam yang sangat cemerlang di Andalus. Hakikat itu diakui ilmuwan Barat yang mengagumi buku hasil tulisannya, terutama mengenai akaun perdagangan.Kepakarannya dalam teori bilangan dan angka menjadikan buku berkenaan rujukan seluruh dunia, selain hasil karangan mengenai perhitungan kejuruteraan.Seperti biasa, pemikiran Barat menciplak hasil penemuan cendekiawan Islam tetapi apabila sudah maju, mereka lupa pihak yang membentuk peradaban kemajuan itu.Al-Majriti berbeza dengan ilmuwan lain kerana ketelitian serta ingatannya yang kuat. Beliau sering menekankan bahawa mereka yang dikhususkan dalam bidang analisis sains seperti kimia, juga perlu mempelajari ilmu matematik dan sains.Dengan gabungan pengetahuan itu katanya, umat Islam akan memiliki kelebihan dalam pekerjaan dari segi teori dan praktikal.Penghasilan air raksa menunjukkan ketekunan dan ketelitian Al-Majriti apabila melakukan eksperimen yang akhirnya membawa kejayaan kepada kerjaya beliau.Eksperimen yang terkenal itu memperlihatkan bagaimana beliau menukarkan satu perempat tabung air raksa menjadi serbuk berwarna merah, selepas diletak di atas api selama 40 hari.Al-Majriti akan memerhatikan eksperimennya itu dari semasa ke semasa untuk melihat perubahan pada air raksa yang membentuk oksida raksa hasil proses perubahan secara kimia.Sebagai ilmuwan yang teliti dalam kerjayanya, beliau sentiasa mendorong penyelidik untuk mengkaji bahan kimia melalui proses percubaan di makmal.Kesimpulan yang dicapai oleh Al-Majriti daripada kaedah percubaan di makmal ialah bahan yang terhasil adalah sama dengan kumpulan bahan kimia yang diuji melalui proses makmal.Sebuah penulisan ilmiah Al-Majriti yang terkenal ialah mengenai astrolab, iaitu sebuah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit.Ia adalah cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam mempunyai ukuran darjah di tepinya dan di tengahnya ada sebuah jarum penunjuk yang boleh bergerak.Beliau menulis dua buku dalam bidang kimia bertajuk Rutbaj Al-Hakim dan Ghayah Al-Hakim yang menjadi rujukan ilmuwan Timur mahupun Barat hingga hari ini.Menyedari pentingnya buku Ghayah Al-Hakim, Raja Alfonso memerintahkan agar buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1252 Masihi.Buku lain karangan Al-Majriti ialah Thimar Al-Adad yang dikenali sebagai Al-Mu'amalat, Ikhtisar Ta'dil Al-Kawakib Min Zij Al-Battani, Rutbah Al-Hakim Fi Al-Kimiya, Al-Ahjar Rawdhah Al-Hada'iq wa Riyadh Al-Khala'iq serta Risalah Al-Asturlab, merangkumi ilmu sejarah, tabii dan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan.Al-Majriti mempunyai ramai murid yang berjaya dalam kehidupan, seperti Abu Al-Qasim Al-Ghirnati, seorang jurutera dan ilmuwan dalam bidang perubatan dan Abu Al-Hakam Al-Karmani, seorang penduduk Cordova yang sangat terkenal sebagai pakar bedah dan jurutera.Di sebalik kesibukannya mendalami pelbagai ilmu pengetahuan serta menterjemah buku ilmiah Yunani, Al-Majriti menggemari muzik, yang katanya, mempunyai persamaan dengan pengiraan ilmu matematik.PROFILNama: Abu Al-Qasim Maslamah bin AhmadGelaran: Al-MajritiTarikh lahir: 338 Hijrah bersamaan 950 MasihiTempat lahir: Majrit (Madrid)Meninggal dunia: Tahun 398 Hijrah bersamaan 1007 Masihi di AndalusSumbangan: Ilmuwan Arab Andalus yang pertama dalam bidang matematik dan ilmu astronomi

Tuesday, May 19, 2009

Percutian Keluarga - siri 7

PERCUTIAN TREATMENT BEACH

Percutian Kali ini di Telok Kemang, PD. PD adalah tempat yang regular bagi kami sekeluarga. Pergi pagi2 dan balik tengahari. Kl nak mandi air masin pergi PD dan kalau air tawar atau sungai pergi Sg. Congkak. Itu lah tempat yang biasa kami pergi. Pada kali ini sempat juga tanam kaki ini dengan pasir dengan harapan boleh pulih sedikit. Tapi belum di izinkan .........
Kenapa PD menjadi pilihan. Sebab dekat, mudah dan menyeronokan semua. Boleh buat pelbagai aksi. Tak banyak masaalah. Walau bagaimanapun ingin pergi lagi bila tiba masa nya - insyaallah.
Date : 18/8/07

Tauladan dan Praktik - siri 2


Tok Kenali- Tokoh Ulama' Pencinta Ilmu


Seandainya kita meneliti sejarah hidup tikih Ulama’ Tok Kenali, sudah tentu kita akan merasa kagum kerana melihatkan sepenuh hayat beliau dicurahkan kerana ilmu pengetahuan demi mencari keredhaan Allah.Hal ini bermula sejak umur beliau sebelum mumaiyiz hingga selepas beliau menjelang baligh. Sebelum ke Mekah lagi, Tok Kenali telah mula menyumbangkan baktinya dengan mengajarkan ilmu agama dan ilmu nahu, bahasa arab di kampungnya sendiri.
Sesudah itu beliau ke tanah suci kerana melanjutkan pelajaran. Beliau berada di sana selama 22 tahun. Di kota suci itulah Tok Kenali tidak ketinggalan menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan sejawatnya yang datang dari berbagai pelusuk dunia ketika itu.
Seterusnya apabila beliau pulang ke tanah air pada tahun 1327H (1908M), beliau tidak berlengah-lengah bagi menyambungkan tugas para ulama’ sebagai mewarisi tugas perjuangan para nabi sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1352H (1933M).
Melihat kepada latar belakang riwayat hidup Tok Kenali, kita dapati beliau mendapat pendidikan yang pertama di rumahnya sendiri. Manakala pelajaran yang beliau mula tempuhi ialah Kitab suci Al-Quran Al-Karim, iaitu dengan mempelajari bacaannya. Al-Quran menjadi punca Nur yang memberi cahaya kepada Tok Kenali sehingga beliau faham dan dapat mengingati ilmu pengetahuan.Tegasnya Al-Quranlah sebagai punca ilmu kepada Tok Kenali.
Selain dari mendapat pendidikan di kampung beliau sendiri, Tok Kenali juga mendapat pengetahuan dan pengalaman di tempat-tempat lain. Ketika beliau giat menuntut ilmu di Masjidil Al-Haram, istimewa dari Tuan Guru Wan Ngah (Ahmad Bin Muhammad Zin Bin Mustafa) Petani yang menguasai bahasa Arab dan mahir dalam lain-lain ilmu termasuk sains, Tok Kenali tidak ketinggalan menerima pengaruh ajaran Hujjatul Islam, Iman Al-Ghazali yang terdapat di hujung kitabnya ‘Ayyuha Al-Walad’ (Wahai anak) menjadi amalan Tok Kenali dan ikutan murid-murid beliau hampir diseluruh dunia sebelah sini.
Tok Kenali juga adalah seorang penasihat Agama kepada negarawan terkenal di Kelantan iaitu Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, Tuan Nik Haji Mahmud Ismail. Bahkan Tok Kenali diketahui berfahamkan bahawa ‘memisahkan agama (Islam) dari politik adalah beerti menanggalkan kepala dari tubuh, dan di kala itu keduanya akan meghadapi kehancuran.’
Selain daripada itu jiwa Tok Kenali juga tidak dapat dipisahkan daripada bidang persuratan.Malah bidang persuratan itu merupakan suatu minat dan lapangannya. Tok Kenali berminat dalam bidang ini kerana beliau adalah seorang yang cintakan ilmu pengetahuan dan inginkan ilmu pengetahuan itu kekal dan dapat dinikmati pula oleh semua orang selepasnya.Berdasarka fakta itu tidak hairanlah mengapa Tok Kenali menceburkan diri dalam pelbagai bidang ilmu seperti beliau adalah seorang penulis yang pernah menulis dalam majalah “pengasuh”(keluaran sulung). Disamping beliau juga turut mengarang buku atau kitab. Antara kitab-kitab karangan Tok Kenali ialah :
i. ‘Khasiat binatang-binatang’.Buku ini pernah tersimpan di dalam perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur di bawah tajuk pengarang Awang Kenali.Malangnya buku iti hilang dari simpanan.ii. ‘Kitab Mujarabaat’.Suatu naskhah kitab ini memang ditulis nama pengarangnya iaitu ‘Awang Kenali’, namun begitu kitab cetakan yang baru tidak lagi menggunakan nama pengarang Awang Kenali (Ianya dikosongkan sahaja diruangan pengarang).
Dalam pada itu, di Majalah Pengasuh keluaran sulung, tentang kecintaannya terhadap ilmu, Tok Kenali pernah menulis, antara kata-katanya ialah :-‘.......maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu surat Khabar yang dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan BERSATU pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama....’
Tok Kenali juga dikatakan pernah mengumpul atau menyimpan hasil Kesusasteraan Lama Melayu iaitu “Cetera Raja Muda”. Ini menunjukkan minat beliau dalam persuratan sejarah dan pengumpulan ilmu pengetahuan.
Menurut majalah Pengasuh, Tuk Kenali sendiri pernah berkhidmat sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam Kelantan, Anggota Dewan Ulama’ dan Anggota Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang menjalankan khidmat dengan cemerlang sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir.
Suatu usaha beliau yang patut dicontohi dalam bidang penulisan ialah beliau mempraktik dan memberi galakan sewajarnya dalam bidang persuratan atau penulisan, perkembangan buku, kitab, majalah dan akhbar.
Nyata sekali Tok Kenali adalah seorang tokoh ulama’ pencinta ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan umum (termasuk sains).Beliaulah yang menggerak pembangunan selari dengan masa, tempat dan perkembangan masyarakat dizamannya.
Ketika hayatnya, Tok Kenali tidak kenal erti putus asa serta penat dalam berjuang dengan gigih kerana menghidup dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam selama suku abad , tanpa gaji atau upah daripada sesiapa. Perjuangan Tok Kenali adalah benar-benar merupakan suatu perjuangan ikhlas yang patut menjadi contoj bagi pejuang-pejuang dan pendakwah-pendakwah Islam masa kini dan masa depan.Semoga Allah mengganjari amal bakti Tok Kenali setimpalnya
.

MENGENAL SAUDARA MARA - siri 1

ZUL

PAK LANG (Allahyarham)

PAKCIK AHMAT (Allahyarham)

Berikut adalah kenangan semasa bersama mereka.
Zul adalah nama glamor. Nama lain ialah Mohd Nor. Anak arwah Atok Musa dan Nenek Ayom di Singapura. Lebih kurang sebaya umur dengan ku. Bergaduh adalah suatu kebiasaan pada kami. Semasa di Singapura kami tinggal berhampiran. Jadi potensi untuk bergaduh memang ada. Kebiasaan nya, aku kalah. sebab aku agak kurus masa tu. Kini telah berkahwin dan bekerja dengan SIA. Dapat jumpa sekali sahaja semasa aku kesana selepas puluhan tahun tak jumpa .

PAK LANG (Allahyarham) Shamsuddin tinggal di Sentul. Bekas polis berpangkat koperal dan amat baik kepada semua anak saudara nya. Kenderaan Vespa menjadi kebanggaan nya . Kerap balik kampung dengan Vespa hijau nya. Kini Pak Lang dan Mak Lang (Zaharah) telah lama meninggalkan kita semua- Al Fatihah

PAK CIK AHMAT LATIF (Allahyarham) adalah sepupu sebelah ayah. Ayah Pak cik dan ayah kepada ayah (Datuk) adik beradik macam mana tak pasti. Yang pasti ada pertalian yang rapat. Pak Cik Ahmat dibawa ke Singapura oleh ayah sejak kecil dan di pelihara hingga dewasa. Masa tu Pak Cik Ahmat bantu ayah berniaga runcit. Pak Cik Ahmat terlalu baik dgn kita adik beradik. Ayah membesarkan Pak Cik Ahmat hingga telah berkahwin. Apabila berkahwin , beliau tinggal di JB. Saya kerap kesana apabila ke JB (Kg. Seri Pernama-Kangkar). Mempunyai 3 org anak. 2 L dan 1 P. Telah meninggal dunia mungkin awal 80 an. Hingga sekarang kami terputus hubungan dengan anak2 nya. Dipercayai berada di Kebun Teh/ Majidee- JB. Suatu yang pelik pada arwah ini, setelah berpuluh tahun tinggal bersama nya, tak pernah nampak beliau pergi tandas. Itu yang jadi tanda tanya?. - Al Fatihah

SEMASA KECIL BERSAMA ADIK BERADIK


Nostalgia semasa kecil :

Inilah gambar semasa kecil.
Berdiri depan dari kiri : Roslan dan Normah
Berdiri belakang dari kiri : Zainal, Abd. Rashid, Redzwan dan Amer



catatan santai : kami semua pakai seluar pendek dan menjadi kebanggaan bila berseluar pendek

Ini gambar bersama ayah dan bonda

DESA PINGGIRAN PUTRA



Lokasi rumah ku sekarang :
berhampiran dengan PICC ( 1 km) atau 6 km dengan Alamanda Putrajaya.

Kalau sesat, sila dapatkan bantuan telefon
03-89201706


Berakhirnya Tarbiyyah MADU MTAQ


Inilah Maahad Tahfiz AlQuran (MTAQ). Tempat dimana Imran belajar
selama 5 tahun. Semoga Imran tidak sia-siakan ilmu yang ditimba
disana - Insyallah. (2007)

Tauladan dan Praktik - siri 1


Umar Bin Abdul Aziz - Beliawan Terbilang
Bidang : Pentadbiran Hits : 196

Ibnu Syawzab menyatakan: “Ketika Abdul Aziz bin Marwan ingin berkahwin dengan ibu Umar bin Abdul Aziz, beliau berkata kepada bendaharinya: “Sediakan empat dinar daripada sebaik-baik hartaku kerana aku ingin jadikannya sebagai mas kahwin perkahwinanku dengan keluarga Nabi Muhammad yang masyhur dengan kebaikannya”. Selepas itu beliau pun berkahwin dengan Laila, ibu Umar bin Abdul Aziz.
KeturunannyaBeliau adalah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan. Ibunya ialah Ummu Asim Laila binti Asim bin Umar al-Khattab.Ibnu Syawzab menyatakan: “Ketika Abdul Aziz bin Marwan ingin berkahwin dengan ibu Umar bin Abdul Aziz, beliau berkata kepada bendaharinya: “Sediakan empat dinar daripada sebaik-baik hartaku kerana aku ingin jadikannya sebagai mas kahwin perkahwinanku dengan keluarga Nabi Muhammad yang masyhur dengan kebaikannya”. Selepas itu beliau pun berkahwin dengan Laila, ibu Umar bin Abdul Aziz.KelahirannyaUmar bin Abdul Aziz dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Tahun itu adalah bertepatan dengan peristiwa Hussain bin Ali bin Abi Talib dibunuh. Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun.SumbanganBeliau meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan ramai pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau. Beliau merupakan seorang ulama yang soleh, zuhud dan warak.Semasa Khalifah Walid bin Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan gabenor Madinah/Hijaz dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu usianya lebih kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik memerintah, beliau dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah. Pada masa itu usianya 33 tahun. Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah sendiri, Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun, selepas Khalifah Sulaiman bin Abdul Aziz mangkat.
Dipetik daripada: Petikan bab 14, buku Menjadi Belia Cemerlang

Percutian Keluarga - siri 6





PERCUTIAN
NOSTALGIA 30 TAHUN
lokasi : Singapura






Percutian Keluarga - siri 5




PERCUTIAN MENGUJI
POKET ORANG BERKENAAN DI PCB, KELANTAN.



Cuba perhatikan kain apa yang nak di beli .......

Percutian Keluarga - siri 4


PERCUTIAN GOLDCOAST


Kami sempat menikmati sunset sebelah petang. Sebelah malam dapat makan ikan Bakar. juga merasai Pepahat;

Lokasi : Bagan Lalang, Sepang.

Percutian Keluarga - siri 3


PERCUTIAN PULAU BUATAN
(BUKIT MERAH LAKE TOWN)

Percutian kali ini agak ramai sikit melibatkan dua keluarga. Mak Long dan Azhar serta anak-anak. Aizul juga ada. Agak meriah bila ada kanak-kanak. Bila anak-anak gembira, orang tua tumpang gembira. Disini ada Water Park, Orang Utan Island dan sebagainya. Kalau pergi bawa anak-anak dan nak bermain semua tempat kena satu hari penuh.






Lokasi : Bkt. Merah Lake Town (0808)

Percutian Keluarga - siri 2



Percutian Imigrant





Lokasi : Kuala Gula Bird Santuary




Percutian Keluarga - siri 1

Percutian Agro :

Percutian Agro kali di Cameron Highland








Monday, May 18, 2009

Aku dan UPM - siri 7

Aku dan Staf :

Aku dan UPM - siri 6

Aku dan Pelajar :

Gambar ramai bersama pelajar menjalani Amali
udara SAS 431 (Pencemaran udara) di Kg. Janda Baik, Pahang pada (Jan. 1984). Pelajar sebelah kiri sekali kini menjawat jawatan Dekan dan Prof. di UMS. saya berbaju batik di sebelah pelajar tersebut.

Gambar atas bersama pelajar diatas bukit di satu tempat Pulau Sembilan, Bagan Datuk, Perak. (Mac 1986)

Gambar kanan bawah : bersama pelajar dalam bas selepas latihan amali di Cameron Highland,
Pahang. (Sept. 1986)

Aku dan UPM - siri 5

Aku dan Staf : Pada 27 Mac 1980 inilah pertama kali aku
naik feri nak ke Langkawi. Tujuan kesana adalah buat kerja bersama Jabatan Penerangan Langkawi selain kerja-kerja penyelidikkan.
Gambar di feri bersama En. Mohd Zin Johar dan En. Isa (driver). Kenderaan yang nak ke Langkawi kena ikut Pulau Pinang. Jadi saya ikut driver naik feri.
Gambar bersama staf menjamu kambing bakar di Rumah Rehat Langkawi (rumah kayu). Sekarang rumah itu dah tiada. Harga seekor kambing ketika itu RM 60.00 sahaja
Dalam gambar : atas (Rashid, Ghani, En. Wahid, Muhd Awang)
bawah (Pauzi, Muhd Awang, Khidir, Rashid)


Aku dan UPM- siri 4



Aku dan Pelajar :

Ini adalah kerja lapangan pelajar bagi projek Bacelor Sains Alam Sekitar mereka pada tahun 1980. Kerja-kerja pengukuran kualiti air Sg. Linggi hingga ke Seremban. Aku bantu mereka samada masuk ke sungai atau atas darat. Inilah kenangan apabila membantu pelajar berkenaan buat projek mereka untuk menghasilkan tesis dan seterusnya bergraduan.

Aku dan UPM - Siri 3

Aku dan Pelajar : Pada tahun 1981 aku bersama pelajar ZAR membuat penyampelan ikan di Batu Berendam, Melaka. Aku sempat singgah di Kg. Sg. Siput pada masa itu untuk melakukan pembedahan ikan. Ambil hati, jantung dan organ2 ikan (termasuk isi-tisu ikan) untuk kajian logam berat dalam ikan. Kajian seterus nya bawa balik ke Makmal UPM. Inilah pengalaman pertamaku membedah ikan. Hingga kini aku belum berpeluang buat kerja2 tu lagi.
Pelajar tersebut sekarang jadi Pengarah Alam Sekitar Negeri Johor.

Aku dan UPM - siri 2



Aku dan Pelajar : ini adalah gambar pelajar Bacelor Sains Alam Sekitar badge yang ke 4 (1982). Aku sempat bersama mereka ketika itu. Bergambar bersama Pensyarah (2 orang) gambar atas.(En. Haniff dan En. Elias Musa). Aku masih ingat akan nama-nama pelajar tersebut.

Gambar bawah bersama mereka pergi field work.

Kebanyakan mereka dah memegang jawatan penting dalam agensi kerajaan. 4 orang daripada mereka dah jadi Pengarah Alam Sekitar. Ada yang dah jadi Prof. di UKM dan ada yang dah jadi Pengarah / Rektor UITM kampus cawangan. Aku tumpang gembira dengan kejayaan mereka.

SELAMAT BERJAYA DALAM KERJAYA MASING-MASING

Aku dan UPM - siri 1



Aku mula kerja di UPM pada Sept 1979 sebagai Pembantu Makmal. Dengan staf yang tak ramai, kami semua cuba berusaha menimba pengalaman di Jabatan. Jabatan Sains Alam Sekitar mula ditubuhkan pada 1975. Masa itu tak ada lagi Fakulti, Jabatan dan agensi yang berkaitan dengan alam sekitar di Malaysia. cuma unit/ bahagian di kementerian sajayang ada. Di mana-mana universiti Malaysia belum ada lagi. Hanya 4 orang saja staf dalam gambar ini yang masih kekal dengan Jabatan. (termasuk saya) (Gambar ini tahun 1980).

HIJRAH PERTAMA KAMI



Tahun 2002 aku mula tinggal disini. Sebelum ini di Taman Sri Serdang. Di Taman Sri Serdang aku tinggal hampir 20 tahun. Banyak kenangan semasa disana. Ramai orang yang yang dah duduk di Serdang agak payah nak tinggalkan sana. Banyak kemudahan dah ada. Jadi kalau pindah rasa macam suatu kerugian.

Akhir nya aku cuba juga berhijrah untuk mendapat pelbagai kelebihan. Alhamdulillah aku dapat merasai nya walaupun mulanya agak kekok. Desa pingiran Putra lah pilihan saya dan isteri dengan persetujuan anak-anak. Sekarang ni dah mula selesa di sini sebab boleh kemasjid dan surau berhampiran. Aku mengambil kesempatan hadir setiap kuliah2.

Sunday, May 17, 2009

Aku dan Keluarga -- siri 1

Anak-anak ku

Ini semua anak-anak ku. Dah besar mereka. tapi ramai yang masih belajar buat masa ini ( Mei 09).
Khairunnisa ------- kakak
Khadijah Khalilah ----yang kedua
Muhammad Imran --- yang ketiga
Fatimah ------ yang keempat
cuba perhatikan siapa yang terlebih senyum.
yang serious tu siapa ......

Ayah dan Ibu (Telah pergi meninggalkan kami)

Ayah telah lama meninggalkan kami. Meninggal dunia pada 30 Mac 2007 di Gombak (rumah Acik). Meninggal jam 2.00 pg dan di kebumikan di Kg. Batu Alang ,Sg. Siput, Lubok Cina. Ada kenangan teragis antara ayah dan aku . terutama pada hari sebelum meninggal dunia. Pagi nya ayah minta ke klinik Gombak kerana tak sihat. Jadi aku terpaksa bawa ke Klinik berdekatan utk rawatan ........ (Insyallah bila ada kesempatan masa boleh cerita utk memori cucu-cucunya



Ibu tersayang juga telah meninggalkan kami. Meninggal dunia pada 11 Feb. 2009 hari Rabu 8.00 malam di Hospital Selayang setelah jatuh di bilik air ketika pergi tandas di rumah Acik , Gombak. Paling teragis lagi apabila sehari sebelum aku bawa ibu ke Hospital Melaka urusan scan jantung. Selepas urusan di Melaka, ibu bercadang nak pergi rumah Acik di Gombak. Jadi aku penuhi kehendak nya .... tapi Allah s.w.t menyayangi nya dan meninggal dunia di sana. Ibuyang mengidap penyakit kencing manis meninggal dunia bersebab penyakit 'acute coronary syndrome' (jantung). Alhamdulilah jenazah selamat dikebumikan di Kg. Bt. Alang, Sg. Siput , Lubok Cina . (Insyallah , bila kesempatan boleh sambung lagi cerita itu)

Adik Beradik Ku

Roslan, Abdul Rashid , Ibu, Zainal, Normah
(Amer dan Redzwan - tiada dalam gambar)

Saturday, May 16, 2009

Kampung Ku

Inilah nama Kampung Ku. Kampung tempat aku dilahirkan . Tapi disini , bukan aku di besarkan. aku, dibesarkan di Singapura. Sekolah Rendah (Telok Kurau West School) dan Sek. Menengah (Telok Kurau Secondary School) sehingga 1975.

Friday, May 15, 2009

Cubaan


Cubaan pertama.