Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, June 5, 2009

MENGENAL SAUDARA MARA - siri 4

Pengenalan awal :


Ini nenek kami. Ayom bt. Madon. Adik bongsu dengan nenek Ondot. Tinggal di Bedok, Singapura bersama anak bongsu nya, Che Yang (Norlela).
Mempunyai anak seramai 15 orang. Alhamdulillah semua masih hidup. Yang bongsu berumur 39 tahun. Suami beliau bernama Hj. Musa berpangkat Sergeant dalam pegawai polis dan telah lama meninggal dunia.
Semasa di Singapura, kami berjiran dan amat mengenali keluarga beliau.Banyak kenangan kami adik beradik bersama keluarga nenek.
Sekarang ni beliau kerap juga balik kampung Batu Alang dan kerap pergi undangan perkahwinan saudara mara yang berada di Malaysia.
Hubungan kami yang telah lama terputus dapat terjalin semula dengan izin Allah s.w.t. Kini dengan kehadiran keluarga beliau sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia kami, dapat juga kami beritahu anak-anak kami tentang pelbagai kenangan lama.

No comments: