Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, March 21, 2010

Aku dan Keluarga - siri 13




Bandar Baru Salak Tinggi - Sepang.

Thursday, March 4, 2010

Aku dan UPM - siri 20



Hari Keluarga di tempat kerja

Thursday, February 11, 2010

Peringatan Tarikh Kematian Ayah dan Ibu

الفاتحة


PERINGATAN

Pada hari ini (11/ 2 / 2010) genap 1 tahun pemergian Allahyarharhamah Bonda dan pada 30hb. Mac ini genap 3 tahun Allahyarham pulang kerahmatullah meninggalkan kita semua . Bagi memperingati pemergian Ayahanda dan Bonda sama-sama lah kita menafaat kan pengisian hari tersebut.

- Baca Al Fatihah di niatkan untuk ayahanda dan Bonda

- Baca Surah Yaasin dan Al Quran

- Berdoa untuk mereka (mohon keampunan, keringanan siksaan…syurga)

- Sedekah dan amal Jariah niat untuk mereka

- Ingatan (Tafakur) detik-detik bersama Ayahanda dan Bonda

(mengingatkan jasa-jasa ayah/ bonda yang tidak terhingga)


Info


** Ayahanda meninggalkan kita pada 30 /3/2007 jam 2.00 pagi di rumah Normah, Sri Gombak

** Bonda meninggalkan kita pada 11/ 2/2009 jam 8.00 mlm di Hospital Selayang


Semoga Allah s.w.t mencucri rahmat keatas roh mereka

Monday, February 8, 2010

Aku dan UPM - siri 19


Friday, January 29, 2010

Aku dan Keluarga - siri 12




Memori gambar nenek dan Moyang

Sinjah Bt.Madon
Ondot (Mah) Bt.Madon
Ayom Bt. Madon

Tok Cepok (nama sebenar tak diketahui).

Aku dan Keluarga - siri 11


Memori Haji

Dengan izin Allah s.w.t aku berangkat mengerjakan rukun islam yang kelima pada 8 Mac. 1999 bersama isteri dan ibu mertua ku (allahyarhamah) Sabariah Tahir. Masa tu umur ku 42 Tahun.
Pemergian ku dengan penerbangan SV5124 dan kembali ke tanah air pada 18 April 1999. Perbelanjaan Haji pada ketika itu RM 8500. Kami semua menunaikan haji Thamatu'.


(akan sambung lagi)

Aku dan diri ku - siri 8


Memori Sekolah Menengah

Pada 3/4/2010 (Sabtu) ada perjumpaan dengan alumini Sekolah lama (TKSS). Perjumpaan dihadiri seramai hampir 100 orang pelajar lama antara junior dan senior dan turut dihadiri oleh bekas guru-guru dan bekas pelajar sekarang Menteri Kabinet di Singapura.
(Berita lain akan menyusul)

Tuesday, January 26, 2010

Aku dan Keluarga - siri 10



Ziarahi Zainal di Johor Bahru

Wednesday, January 6, 2010

Aku dan Keluarga - siri 9



Kemalangan Persona dan Myvi


Pada 25/12/ 2009 jam 5.20 ptg telah berlaku kemalangan yang di pandu oleh Nisa serta terdapat Muhd Imran, Ijah dan Mah didalam Kereta telah bertembung dengan kereta Myvi hijau di selekoh Sekolah Men. Teknik Sepang. Dari maklumat yang diterima bahawa kereta Myvi telah jalan terus yang sepatutnya perlu selekoh. Dalam keadaan hujan lebat menyebabkan pemandu kereta Myvi tidak nampak selekoh dan terus berlanggar dgn kereta Persona. Dalam kejadian itu Nisa dan Mah dikejarkan ke Hospita Serdang dengan bantuan kereta lain yang melalui kawasan tersebut>Dua minggu selepas itu semua yang terlibat dalam kemalangan itu pulih saperti biasa.

Tuesday, January 5, 2010

Aku dan Saudara Mara - siri 8


Ayahanda Win Bin Yassin Meninggal dunia

Pada 23/12/2009 jam 8.30 pagi Ayahanda Allahyarham Win Bin Yassin menghempuskan nafas terakhir dirumah nya Won Estate Tampin, Negeri Sembilan pada usia 79 tahun. Beliau mengidap penyakit kanser Prostat sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, Hospital Tampin dan HUKM sebelum dibawa balik kerumah.

Allahyarham ayahanda meninggalkan seorang isteri (Jumaah - adik beradik Allaahyarmah bonda) dan 3 orang anak. Abdul Rahman, Rohimah dan Rohayu. Bekas seorang guru besar di Tampin mempunyai semangat yang kuat ,tinggi dan sentiasa memberi dorongan pada anak buah nya dalam setiap aspek.
Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas roh beliau. - Al Fatihah

Monday, December 7, 2009

Aku dan Kenalan Lama - Siri 5



Razali dan Asbah

Nama Beliau Hj. Razali Abdullah (pesara UMT - UDIM). Isteri beliau
bernama Asbah. Sekarang ni menetap di K.Trengganu. Pernah bekerja sebagai Pembantu Makmal Kanan di UPM lebih dari 20 tahun. Rapat bersama beliau dalam tahun 1988.

Aku dan UPM - siri 23





Bersama Pengerak Utama Fakulti (FPAS)

Bergambar bersama Dekan Fakulti, Ketua Jabatan,Mantan Dekan dan Mantan Ketua Jabatan

Thursday, December 3, 2009

BERITA KELUARGA

ABDULLAH DAN ISTERI BERANGKAT KETANAH SUCI (10/11/2009)

Dengan izin Allah s.w.t Abdullah (Pak Itam) dan Pauziah (Mak Itam)-panggilan dari anak-anak telah menyambut seruan Ilahai menjadi tetamu Allah pada 10/11/2009 dengan penerbangan MAS KT 63. Beliau berangkat masuk terus ke Makkatul Mukaramah selama 40 hari. Dengan izin Allah s.w.t beliau dijangka pulang pada 21hb. Dec. 2009.
Semoga beliau dan isteri tabah melalui pelbagai dugaan dengan harapan akan mendapat haji yang mabrur.. Amin ....

Thursday, November 12, 2009

Tauladan dan Praktik - siri 7

Petua Kesihatan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai d ima na dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam
Info di terima dari ehozo.com

Monday, September 28, 2009

Tauladan dan Praktik - siri 6



Apakah kisah Haiwan Sekecil ini

Menurut kisah Nabi Ibrahim a.s ketika puak musyrikin Mekah hendak membakar nabi Ibrahim a.s seekor burung telah datang membantu memadam api yang sedang marak. Burung tersebut mengambil air melalui paruh nya dan berkali-kali untuk memadam api tersebut. (Kalau di fikir secara lojik bagaimana burung sekecil boleh memadam api yang sedang marak). Burung tersebut bimbang apabila di tanya oleh Allah s.w.t apakah usaha kamu apabila nampak Nabi Ibrahim a.s di bakar oleh puak tersebut. Maka burung tersebut boleh menjawab bahawasanya ia telah sedaya upaya untuk membantu Nabi Ibrahim a.s tapi tidak berjaya. Moral cerita nya bahawa kita mestilah berusaha menahan kemungkaran walaupun usaha kita dianggap kecil atau tidak berkesan.