Inilah Makanan kegemaran ku semasa di Singapura. Kesemua nya sedap belaka. Agak payah nak jumpa makanan itu disini. Kerinduan pada makanan tersebut telah lama terpendam. Ada juga jual disini sikit-sikit tapi tak selazat makan disana. Antara nya :- 1. Sup Tulang Merah (makan petang atau malam) 2. Nasi Rawan (sarapan pagi) 3. Mee Hoon Goreng (makan petang) 4. Karipap Bengali (minum petang) 5. Mee Rebus Jawa (makan petang atau malam) 6. Mee Siam (makan tengahari atau petang) 7. Nasi Beryani Arab Street (tengahari, petang atau malam) 8. Murtabak Singapura (tengahari atau petang)
Ada lagi menu lain, setakat itu saja. Bagi yang dah jumpa menu diatas boleh beritahu saya untuk melepaskan kerinduan tekak dan selera.
Hari ini 17/09/2010 (Jumaat) adalah Hari raya ku selepas 36 hari berpuasa dengan izin Allah s.w.t. Berpuasa Syawal tidak semudah dan penuh cabaran . Dikala orang ramai telah menemui kemenangan, Aku masih merangkak melalui jalan lain untuk sampai ke penamatnya. Mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal ini memberi makna yang bernilai buat diriku disisi Allah s.w.t
Bahan-Bahan: 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat 1/2 kg daging [potong kecil] 2 batang serai [ketuk] 2 s/b minyak sapi 3 s/b minyak garam air
bahan tumbuk
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia
Rempah tumis 1 inci kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga
Bahan rempah
[ goreng kering dan mesin halus] 1 s/t jintah putih 1 s/k ketumbar 1 s/k lada sulah 1 s/k lada hitam
bahan hiasan [mayang] 3 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang Garam Bawang goreng
Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing. 2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut. 4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam 5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan
1 .Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia 2. Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi 3. Masjid Azizi, Langkat, Indonesia 4. Masjid Omar Ali Saifuddin,Brunei 5. Selimiye Mosque, Edirne, Turkey 6. Taj-ul-Masjid, Bhopal, India 7. Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia 8. Sultan Mosque, Singapore 9. Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan 10. Bait-ul-Mukarram, Dhaka, Bangladesh 11. The Taj Mahal, Agra, India 12. The Golden Dome, Depok, Indonesia 13. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Malaysia 14. Jumeirah Mosque, Dubai, United Arab Emirates 15. Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Brunei 16. The Imam Mosque, Esfehan, Iran