Thursday, May 27, 2010
Aku dan Saudara Mara - Siri 9
Tuesday, May 18, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Tip Kesihatan
Posted on 19 of April 2010
Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.Wallahualam
1. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
2. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.
3. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
“Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina
4. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
(Riwayat Al Bukhari)
5. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya”
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: “Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
6. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
“Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan”
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
Monday, April 26, 2010
Aku dan Keluarga - Siri 14
Hobi Semasa ku
Sunday, April 18, 2010
Tip Kesihatan
Rosselle (Hibiscus sabdariffa) secara semulajadi mengandungi antioksidan, justeru ia bersifat mendetoksifikasi (membuang toksik dari badan) & meneutralkan racun.
Roselle juga dapat:
• Menurunkan kadar gula di dalam darah pada
• penderita diabetes.
• Mengandung multivitamin, termasuk
• Vitamin C dan Beta karoten.
• Membantu mengurangkan kebergantungan
• terhadap ubat.
• Mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
• Menurunkan kolesterol dalam darah
• Mengelakkan penggumpalan lemak.
• Menyeimbangkan berat badan
• Menurunkan tekanan darah.
• Mengurangi panas badan.
• Mengurangkan migraine
• Menjaga stamina
Sunday, March 21, 2010
Thursday, March 4, 2010
Thursday, February 11, 2010
Peringatan Tarikh Kematian Ayah dan Ibu
الفاتحة
PERINGATAN
Pada hari ini (11/ 2 / 2010) genap 1 tahun pemergian Allahyarharhamah Bonda dan pada 30hb. Mac ini genap 3 tahun Allahyarham pulang kerahmatullah meninggalkan kita semua . Bagi memperingati pemergian Ayahanda dan Bonda sama-sama lah kita menafaat kan pengisian hari tersebut.
- Baca Al Fatihah di niatkan untuk ayahanda dan Bonda
- Baca Surah Yaasin dan Al Quran
- Berdoa untuk mereka (mohon keampunan, keringanan siksaan…syurga)
- Sedekah dan amal Jariah niat untuk mereka
- Ingatan (Tafakur) detik-detik bersama Ayahanda dan Bonda
(mengingatkan jasa-jasa ayah/ bonda yang tidak terhingga)
Info
** Ayahanda meninggalkan kita pada 30 /3/2007 jam 2.00 pagi di rumah Normah, Sri Gombak
** Bonda meninggalkan kita pada 11/ 2/2009 jam 8.00 mlm di Hospital Selayang
Semoga Allah s.w.t mencucri rahmat keatas roh mereka
Monday, February 8, 2010
Friday, January 29, 2010
Aku dan Keluarga - siri 12

Memori gambar nenek dan Moyang

Sinjah Bt.Madon
Ondot (Mah) Bt.Madon
Ayom Bt. Madon
Tok Cepok (nama sebenar tak diketahui).
Aku dan Keluarga - siri 11
Memori Haji
Pemergian ku dengan penerbangan SV5124 dan kembali ke tanah air pada 18 April 1999. Perbelanjaan Haji pada ketika itu RM 8500. Kami semua menunaikan haji Thamatu'.
(akan sambung lagi)
Aku dan diri ku - siri 8

Memori Sekolah Menengah
Pada 3/4/2010 (Sabtu) ada perjumpaan dengan alumini Sekolah lama (TKSS). Perjumpaan dihadiri seramai hampir 100 orang pelajar lama antara junior dan senior dan turut dihadiri oleh bekas guru-guru dan bekas pelajar sekarang Menteri Kabinet di Singapura.
(Berita lain akan menyusul)
Tuesday, January 26, 2010
Wednesday, January 6, 2010
Aku dan Keluarga - siri 9
Kemalangan Persona dan Myvi
Pada 25/12/ 2009 jam 5.20 ptg telah berlaku kemalangan yang di pandu oleh Nisa serta terdapat Muhd Imran, Ijah dan Mah didalam Kereta telah bertembung dengan kereta Myvi hijau di selekoh Sekolah Men. Teknik Sepang. Dari maklumat yang diterima bahawa kereta Myvi telah jalan terus yang sepatutnya perlu selekoh. Dalam keadaan hujan lebat menyebabkan pemandu kereta Myvi tidak nampak selekoh dan terus berlanggar dgn kereta Persona. Dalam kejadian itu Nisa dan Mah dikejarkan ke Hospita Serdang dengan bantuan kereta lain yang melalui kawasan tersebut>Dua minggu selepas itu semua yang terlibat dalam kemalangan itu pulih saperti biasa.
Tuesday, January 5, 2010
Aku dan Saudara Mara - siri 8

Ayahanda Win Bin Yassin Meninggal dunia
Allahyarham ayahanda meninggalkan seorang isteri (Jumaah - adik beradik Allaahyarmah bonda) dan 3 orang anak. Abdul Rahman, Rohimah dan Rohayu. Bekas seorang guru besar di Tampin mempunyai semangat yang kuat ,tinggi dan sentiasa memberi dorongan pada anak buah nya dalam setiap aspek.
Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas roh beliau. - Al Fatihah





