Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, August 18, 2009

Aku dan UPM - siri 16



Kundasang - Sabah
Kundasang adalah salah satu tempat dikaki bukit gunung Kinabalu. Tempat yang agak sejuk saperti Cameron Highland mempunyai pandangan yang indah. Pernah di gelar pekan koboi. Mempunyai chalet dan hotel bagi pengunjung yang ingin bermalam disana. Beberapa tempat kesan sejarah boleh dilihat disana.


(Pernah kesana sewaktu menghadiri seminar di Kota Kinabalu pada 2006)

Monday, August 17, 2009

Mengenal Saudara Mara - siri 8



Mengenali arwah Pak Long

Nama beliau Md. Amin B. Abdullah. Meninggal dunia sekitar hujung tahun 80 an. Mempunyai isteri bernama Halimah alhamdulilah masih sihat. Tinggal berhampiran dengan sungai Muar berhampiran rumah pam Panchor 4, Olak Sepam, Pagoh. Anak-anak bernama Zainab (Enab), Aminah, Hasnah (Leng), Siti, Yusof, Mohd (Mamat).
Semasa hayatnya arwah mahir menjala dan menjaring ikan, buat atap nipah dan memotong batang sagu. Ada lagi kemahiran arwah yang tidak dapat dinyatakan

Thursday, August 13, 2009

Mengenal Saudara Mara - siri 7





















ANAK BONGSU DEWASA
Anak Bongsu Dewasa (ABD) saperti gambar tertera adalah yang biasa terdapat dalam sebuah keluarga . Kebongsuan ini terjadi bukan dengan kehendak sendiri 'Manusia merancang, Tuhan Menentukan'. Anak bongsu tidak ketinggalan meminta rujukan pada abang /kakak yang lebih dewasa. Si abang dan kakak boleh berbangga dengan sebutan "Aku ni kan Abang". Si Bongsu masih respect kat abang atau kakak walaupun bergelar bongsu dewasa. Oleh kerana itu maka hubungan makin jadi akrab. Biasa nya ibu dan bapa merupakan benteng kepada si Bongsu. Apa-apa pun si Bongsu sebagai penyeri dalam keluarga.






Mengenal Saudara Mara - siri 6
















ANAK BONGSU KECIL (buat masa ni)
Anak bongsu kecil merupakan permata hati bagi keluarga. Ia tetap menjadi perhatian keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan lain-lain. Gelagat dan pembesaran si bongsu akan di nilai dari msa kesemasa. Tambah ironi nya si bongsu ini dapat mengatasi kasih sayang abang dan kakak nya. Persaingan inilah menambah jurang bersifat sementara dan menjadi positif akhirnya.

Wednesday, August 12, 2009

Aku dan Keluarga - siri 7




MENGIMBAU KEMBALI AYAH DAN IBU MERTUA KU (KINI ALLAHYARHAM/ALLAHItalicYARHAMAH)




Aku dan diri ku - siri 6



NOSTALGIA KAD PENGANTIN
Kad ini sebagai bukti tarikh perkahwinan. Kad yang paling mudah dan ringkas menjadi kenangan......

Mengenal Saudara Mara - siri 5


Hashim Bin Baba

Beliau merupakan bapa saudara dan adik beradik sebelah arwah ayah yang bongsu. Berusia hampir 70 tahun merupakan satu-satu adik arwah ayah lain bapa (kebetulan nama bapa sama - Baba) yang masih ada lagi. Tinggal di Ang Mo Kio ,Singapura bersama anak perempuan nya Hashimah dan suami nya Abdullah berserta anak-anak nya.
Isteri beliau bernama Zaharah telah meninggal dunia dan pernah tinggal
di Naval Base, Woodland, Singapura. Mempunyai anak lelaki bernama Hamdan dan Hisham. Saya sempat menumpang dirumah beliau beberapa bulan untuk ambil peperiksaan SPM di Johor Bahru. Saya amat berterima kasih pada keluarga beliau. Semoga Allah memberikan hidayah dan rezeki yang luas pada keluarga beliau.

Aku dan diri ku - Siri 5





GAMBAR LAMA KU



Gambar kecil - semasa berusia 3 Tahun (tengah hisap puting)
Gambar kedua - semasa sekolah rendah

Gambar ketiga - semasa sekolah menengah
Gambar warna - Terkini ( dah tua dah ... )


Tuesday, August 11, 2009

Tauladan dan Praktik - siri 6

Dimana ada Kemahuan disitu ada Jalan

Berikut adalah beberapa catatan mereka yang lemah dan pelbagai kekurangan dapat menyiapkan suatu hasil yang dapat dimenafaatkan oleh ramai umat islam
a) Ibnu Atsir dapat menulis buku-buku yang mempesonakan saperti Al-Ushul dan An Nihdyah dalam keadaan beliau tidak boleh berjalan.
b) As Sarakhsi menulis buku nya yang terkenal Al-Mabsut yang berjumlah lima belas jilid ketika dibawah penjara tanah.
c) Ibnu Qayyim menulis buku nya Zadul Ma'ad ketika ia dalam perjalanan.
d) Al Qurtubi menulis syarah Sahih Muslim ketika ia berada diatas perahu.
e) Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah banyak ditulis ketka berada dalam penjara.
f) Abul 'Ala' Al-Ma'arri membaca sajak-sajaknya ketika ia buta.
g) Taha Husain berjaya menulis dan menyiapkan buku-buku nya ketika ia buta.
h) Seorang soleh memberitahu ia pernah di penjara dan berjaya menghafaz Al Qur'an secara keseluruhan dan dapat membaca buku sebanyak empat puluh jilid

Monday, August 10, 2009

Aku dan Keluarga - siri 6


Allahyarhamah Ninda Ondot dan cucu nya (Harith)

Allahyarhamah ninda Ondot (Mah) Bt. Madon meninggal dunia pada tahun 1996 pada usia 83 tahun. Mempunyai beberapa orang adik beradik dan yang masih hidup sekarang ini dikenali dengan nenek Ayom. Beliau menetap di Singapura dan sesekali pulang ke Batu Alang menjenguk rumah tinggal nya. Allahyarhamah ninda mempunyai suami bernama Ahmad Bin Hj. Osman yang telah meninggal dunia pada tahun 1951. Allahyarhamah ninda meninggalkan 6 orang anak. Antara nya Rabiah, Halimah, Zaharah, Jumuaah, Abd. Razak dan Norsiah. Kini 3 orang saja yang masih hidup (Rabiah, Jumuaah dan Norsiah).
Dikalangan cucu nya Allahyarhamah amat di geruni tapi amat baik pada cucu-cucu nya. Allahyarhamah sempat membesarkan beberapa orang cucu nya di kampung antaranya Amer, Jamaliah (Dak Jah), Aziz dan Harith. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas rohnya bersama orang-orang salih dan menempatkan nya di Syurga. - AL FATIHAH

Aku dan Keluarga - siri 5


Memori gambar lama

Gambar kecil bersaiz paspot samada yang dikumpulkan atau dijumpai bersepah di rumah amat diminati oleh arwah Bonda apabila menjumpainya. Di kumpulkan semua gambar-gambar lama dan di tampalkan pada cardboard tebal supaya menjadi tatapan anak dan cucu nya. Gambar lama inilah yang menjadi kenangan koleksi arwah bonda yang dapat mengenalkan saudara mara pada anak dan cucu walaupun kebanyakan mereka telah tiada lagi. Inilah pengisian masa bagi saya bila balik kampung bagi memenuhi hajat arwah bonda. Semoga niat yang baik menjadi pahala kepada arwah bonda. AL FATIHAH