Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, June 30, 2009

Aku dan UPM - siri 14



Kepentingan Pengetahuan Kebakaran:

Kebakaran adalah malapetaka yang tidak dirancang. Kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. Dari itu awasi punca api yang ada disekeliling kita. Lengkapkan pengetahuan tentang bahaya dan pecegahan api. Semoga kita boleh menolong diri kita, keluarga dan jiran-jiran. Anda digalakkan azan apabila mula ternampak semarak api kebakaran . Semoga semua insan terselamat dari mara bahaya.

Monday, June 29, 2009

Aku dan Keluarga - siri 3




Khadijah dah Pulang ke Tanahair

: Pada 28/6/09 jam 3.10 ptg Ijah telah bersama kami sekeluarga. Kami menunggu di KLIA tidak lah lama sangat. Tidak banyak yang berubah pada diri Ijah . Selepas perjumpaan, kami semua balik kerumah membuat sedikit jamuan kesyukuran. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik

Friday, June 26, 2009

Berita Semasa Saudara - siri 2

Bunyamin akan pulang bercuti

Add ImageBunyamin dijangka akan pulang bercuti pada 1/7/09. Siapa yang tak gembira. Lebih-lebih keluarga di Ipoh. Tentu nya masakan kegemaran Bunyamin akan di rancang oleh ibu nya. Tiada lagi air mata ketika itu. Lebih banyak gelak ketawa akan menghiburkan keluarga ini.
SELAMAT PULANG BUNYAMIN


Wednesday, June 24, 2009

Aku dan Keluarga - siri 2



Menanti Kepulangan Khadijah.

Kami sekeluarga semua menanti kepulangan anak kedua kami pulang dari Morocco pada 28 Jun 2009 (Ahad). Setelah pergi meninggalkan tanah air dan keluarga selama 4 tahun bagi menimba ilmu dalam bahasa Arab. Mudah-mudahan menjadi aset yang berguna bagi diri beliau, keluarga, masyarakat, agama , bangsa dan negara.
Kerinduan yang telah lama bagi kami sekeluarga , saudara mara dan kawan akan menjadi menjadi kenyataan bila beliau pulang ketanah air. Insyallah beliau akan dapat memeriahkan lagi suasana kekeluargaan bersama keluarga, saudara mara dan rakan-rakan di tanahair.

Sunday, June 21, 2009

Aku dan UPM - siri 13


Projek bersama JPS - Pulau Tioman 1997


Ini adalah siri pengelibatan aku dalam projek bersama agensi kerajaan. Kali ini dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Telah pergi beberapa kali. mungkin hampir 10 kali ke Tioman. Selain bertolak dengan kapal terbang di Subang (ketika itu), boleh juga melalui jalan laut dari Mersing, Johor. Feri 2 jam lebih.

Banyak hasil dan pengalaman sepanjang buat kerja di sana. Projek tersebut tamat pada 2001. Dapat juga keliling pulau Tioman 2 kali. Tambang ketika itu RM 400. Kalau tambang sendiri payah lah sikit. Terdapat beberapa Pulau kecil yang berhampiran. Pulau ini di gemari oleh pemancing untuk ke Pulau yang berhampiran. Pulau Tioman adalah Taman Laut di mana terdapat banyak larangan bagi mereka yang ingin memancing di sana.

Kali terakhir ke Tioman pada tahun 2006, projek ternakan pelandok bersama Jabatan Perhilitan.

Thursday, June 18, 2009

Aku dan UPM - siri 12



XPDC Motivasi Kenyir

Tasek Kenyir merupakan tasek semulajadi yang terbesar. Terletak di Trengganu merupakan lubuk emas bagi peminat pemancing di kawasan tasek. Antara ikan yang biasa terdapat saperti Toman, Haruan, Belida, tapah dan lain-lain lagi.
Boat yang dilengkapi dengan tempat tidur, masak, TV/ Astro, tandas dan lain-lain kemudahan boleh disewa selama beberapa hari. Sewa boat juga agak mahal. Muatan untuk 12 hingga 18 orang. Sesuai untuk beberapa keluarga kalau nak jimat kos.

Tuesday, June 16, 2009

Aku dan UPM - siri 11




Kerja Lapangan ESC 3004
ESC 3004 (Teknik Pengukuran Alam Sekitar) ada lah kursus wajib bagi pelajar BSc. Env. tahun pertama semster kedua. Kursus tersebut sebagai pendedahan kepada pelajar tentang teknik dan kaedah yang digunakan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan alam sekitar.
Gambar tersebut adalah mengajar dan pendedahan pelajar bagaimana mengira halaju sungai serta beban yang dibawa oleh sungai. Pelajar diminta masuk kedalam sungai bagi kerja tersebut.

Percutian Keluarga - Siri 9


Add Image


Kampung Kuantan, Kuala Selangor (Kelip-Kelip).

Kelip-kelip amat popular di kawasan ini. Ramai pelancung datang dari berbagai tempat. Pelancung dari luar negara juga ramai, terutama Jepun .
Pemandangan Kelip-kelip boleh dinikmati di pokok-pokok sepanjang sungai pada waktu malam. Bagai kan lampu berkelip di malam raya. Bagi melalui sepanjang sungai mesti dengan menaiki bot tanpa gunakan injin kerana dikuatiri bising. Tidak boleh ambil gambar guna flash kecuali night shoot.
Penginapan boleh disewa di hotel atau chalet Taman Alam (menikmati alam semulajadi) - dalam hutan sikit. Dari lebuhraya PLUS boleh masuk ikut Kuala Selangor.
Selamat Bercuti.

Monday, June 15, 2009

Aku dan UPM - siri 10


Kerja Lapangan - kenangan lepas (Tarzan Sungai)

Bergambar dengan budak-budak tempatan selepas mengambil sampel air di Sungai Jengka, Pahang.

Projek Karak - Kuantan Highway (MTD Prime) telah siap digunakan sekarang ini.

Aku dan UPM - siri 9






Kerja Lapangan / amal - Lojing, Kelantan.
Antara kerja kebajikan yang di lakukan oleh pihak Jabatan adalah menjadikan sekolah angkat dimana terdapat ramai orang asli di kawasan tersebut.
Pelbagai aktiviti di jalankan bersama mereka. Selain itu dapat mengenali kehidupan orang asli.
Guru-guru yang mengajar terpaksa banyak mengharung dengan kehidupan orang asli. Ini merupakan pengalaman yang mahal yang sukar boleh dapat dalam keadaan sekarang.
Rumah Tok Batin disini terdapat Astro yang dibiayai oleh orang tertentu.
Kehidupan mereka juga telah mula berubah dari masa kesemasa.Nama mereka juga nama sapert Islam tapi mereka bukan orang islam.
Lokasi ketempat ini samada ikut Cameron Highland atau Simpang Pulai, Ipoh. Boleh juga ikut pekan Gua Musang jika dari Kelantan

Sunday, June 14, 2009

INDONESIA - MAKANAN


Mee goreng
Nasi Uduk - sarapan pagi

Siri Mengenal Budaya Indonesia




INDONESIA - RUMAH MAKAN


Siri Mengenal Budaya Indonesia

Apa beza Kedai Makan dengan Rumah Makan.



MENGENAL PENEMPATAN KG. SG. SIPUT



Kg. Sg. Siput , Lubok Cina, Melaka.

Merupakan kampung yang tidak berapa jauh dari pekan. Pekan kecil adalah Lubok Cina, Simpang Ampat, Alor Gajah, Masjid Tanah, Tampin.

Lain-lain yang tidak terdapat dalam gambar saperti SekolahKebangsaan, Klinik Desa, Loji Air, sawah , ladang getah, kelapa sawit dan pokok buah-buahan.

CADANGAN LOKASI PERCUTIAN







Bukit Rengit, Lanchang Pahang.
Bkt. Rengit terletak di Lanchang, Pahang. Ikut tol Lanchang. Disana ada Pusat konservasi Gajah dan Rusa. Gajah agak jinak juga. Boleh naik gajah dengan bantuan pekerja di situ. Di kenakan bayaran. Terdapat lebih 5 ekor gajah tapi rasa nya kurang dari 10 ekor.
Tak jauh dari situ ada chalet untuk menginap (Jabatan Perhilitan)



Saturday, June 13, 2009

Al Fatihah untuk Pak Ngah Jalil

Al Fatihah
Pada 7/6/09 (Ahad) jam 7.45 malam Pak Ngah (Abdul Jalil Ahmad) telah meninggal dunia dirumahnya Bkt. Pasir, Muar, Johor.
Allahyarham yang mengidap penyakit gout yang agak serious dan lama (+-3 tahun) dan duduk diatas kerusi roda untuk beberapa tahun.
Allahyarham berusia 67 tahun dan anak jati Bkt. Pasir meninggalkan seorang isteri (Asnah) dan 2 orang anak. (Halim dan Aini Solehah.). Allahyarham pernah bekerja sendiri sebagai tukang gunting rambut sebelum sakit.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan bersama orang-orang yang beriman, Amin. Al Fatihah

Wednesday, June 10, 2009

CATATAN DIRI KU





MENUNAIKAN FARDHU HAJI (1999) - siri 1

Dengan izin Allah s.w.t aku berangkat ke Tanah suci Mekah pada 19 Feb 1999 hingga 18 Apr 1999 (44 hari) dengan penerbangan Saudi Air SV 5124. Keinginan yang mendadak dan kesihatan yang mengizinkan menguatkan tekad untuk menunaikan fardhu Haji bersama isteri dan ibu mertua (Allahyarhamah Hjh. Sabariah) termakbul juga. Alhamdulilah dapat aku menyempurnakan haji diiringi dengan pelbagai ujian, kemanisan nikmat iman, nilai ukhuwah yang tinggi, pengalaman berharga dan sebagai nya yang tidak akan terdapat di tanah air ku Malaysia.

Bumi Madinah dan Mekah merupakan impian mukmim seluruh dunia.

Insyallah bila ada rezeki dan masa sesuai boleh di panjangkan cerita untuk tatapan semua.

Aku dan UPM - siri 8


Senarai nama BOS (Ketua Jabatan ) aku.

- Prof. Sulaiman Nordin (1975 -1979) telah berpindah ke UKM
- Mr. Wong Kien Keong (1979 - 1982) telah berpindah ke Singapore
- Dr. Mohammad Ismail Yaziz (1982-1985-1988) telah bersara dan sambung kontrak
- Dr. Ramdzani Abdullah (1988 - 1991- 1994)
- Dr. Nasiman Sapari (1994 - 1997) telah berpindah ke UTP
- Prof Madya Dr. Wan Nor Azmin Sulaiman (1997 - 2000 - 2003)
- Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hassan (2004) telah berpindah ke Cambodia
- Prof Madya Dr. Mohd Kamil Yusoff ( 2004 - 2009) telah berpindah ke UPM Holding
- Prof. Madya Dr. Ahmad Makmom Abdullah (Mei 09 hingga kini)

Friday, June 5, 2009

TIPS KESIHATAN - siri 1


MENGENAL SAUDARA MARA - siri 4

Pengenalan awal :


Ini nenek kami. Ayom bt. Madon. Adik bongsu dengan nenek Ondot. Tinggal di Bedok, Singapura bersama anak bongsu nya, Che Yang (Norlela).
Mempunyai anak seramai 15 orang. Alhamdulillah semua masih hidup. Yang bongsu berumur 39 tahun. Suami beliau bernama Hj. Musa berpangkat Sergeant dalam pegawai polis dan telah lama meninggal dunia.
Semasa di Singapura, kami berjiran dan amat mengenali keluarga beliau.Banyak kenangan kami adik beradik bersama keluarga nenek.
Sekarang ni beliau kerap juga balik kampung Batu Alang dan kerap pergi undangan perkahwinan saudara mara yang berada di Malaysia.
Hubungan kami yang telah lama terputus dapat terjalin semula dengan izin Allah s.w.t. Kini dengan kehadiran keluarga beliau sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia kami, dapat juga kami beritahu anak-anak kami tentang pelbagai kenangan lama.

SANTAI MINDA 2


Pelbagai Jenis kueh yang melucukan . Antara nya :

1. Taik .........
2. Telinga .........

3.
Badak ...........
4. Jala ............
5. Puteri .......
6. Lompat .............